
AZRUL 3R


Berita dan Aktiviti Program Kitar Semula di dalam Aktiviti Komersial
Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh staf-staf Restoran Makanan Segera McD, City Plaza
Pada 10 hingga 11 April 2013, staf-staf restoran tersebut sekali lagi menjual kotak-kotak makanan yang tidak digunakan kepada pihak PPSPPA untuk dijual pula kepada pihak vendor dengan objektif pembuangan sisa pepejal dapat dikurangkan. Hasilnya, sebanyak hampir 146 kg barangan kitar semula telah dihantar oleh mereka dan berjaya ditimbang oleh pihak PPSPPA Kedah dan sejumlah RM 40.00 lebih telah diberikan kepada mereka.
Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh Restoran McD, City Plaza
Staf-staf restoran makanan segera McD, City Plaza telah menghantar barangan kitar semula hasil buangan restoran tersebut ke Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada 14 dan 21 April 2013 untuk dijual. Sebanyak 160 kg lebih kotak-kotak terpakai telah dihantar oleh mereka dan hasil jualan sebanyak RM45.00 lebih telah diberikan kepada para pekerja restoran berkenaan.
Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh Staf-staf Restoran Makanan Segera McD, City Plaza
Sepanjang bulan Januari 2013, pihak staf Restoran McD City Plaza, telah menjalankan program 3R bersama pihak PPSPPA Kedah pada 7 dan 8 Januari 2012. Sepanjang bulan tersebut, sebanyak600 kg lebih kotak-kotak terpakai telah dijual oleh mereka dan sebagai pulangan, sejumlah RM 170.00 lebih telah berjaya dikumpul dan diberikan kepada mereka.