top of page

Konsep Kitar Semula Sambil Membersihkan Alam Sekitar Seterusnya Menjana Pendapatan!!!!

​

Program ini telah diperkenalkan oleh PPSPPA pada tahun 2010 di negeri Selangor yang mana sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan warga sekolah terutama para pelajar dan guru-guru. Pada sepanjang tahun 2011 hingga 2012, program ini diperluaskan ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan di peringkat tadika. Berteraskan konsep mengutip barangan lusuh daripada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, dan murid, dan hasil jualan barangan kitar semula daripada vendor berhampiran dipulangkan kepada individu yang menyertai program berkenaan. Para pelajar juga berhak memohon agar pihak PPSPPA membantu menyimpan duit hasil jualan barangan kitar semula tersebut bagi tujuan menabung. Penyata kutipan dan Buku Bank Kitar Semula disediakan untuk merekod segala data kutipan barangan kitar semula pada setiap aktiviti.​​​​​​​​​​ Tidak lama lagi, konsep Bank yang sebenar akan menjadi realiti.

 

Untuk maklumat berkaitan aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah-sekolah dan tadika, boleh rujuk di laman Berita dan Aktiviti.

​

Untuk maklumat berkaitan data kutipan barangan kitar semula di sekolah-sekolah dan tadika, boleh rujuk di laman Pencapaian Kempen 3R

Program Bank Kitar Semula di Sekolah dan Tadika

bottom of page