top of page

Berita dan Aktiviti Program Kitar Semula di Pejabat PPSPPA Kedah

Aktiviti Kutipan dan Penjualan Barangan Kitar Semula di Ibu Pejabat PPSPPA Kedah

 

Seperti biasa, apabila stor kitar semula yang terletak di Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah dipenuhi dengan barangan kitar semula, tibalah masanya untuk menjual semua sisa pepejal tersebut. Oleh itu, pada 11 April 2013, pihak vendor telah dipohon untuk menguruskan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Ibu Pejabat PPSPPA Kedah.

​

Sebanyak lebih kurang 300 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan diasingkan mengikut jenis. Sejumlah RM 138.90 telah diterima daripada hasil penjualan barangan kitar semula tersebut.

​​Aktiviti Kutipan dan Penjualan Barangan Kitar Semula di Ibu Pejabat PPSPPA Kedah

​

Pada 20 Mac 2013, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah mengadakan sesi penjualan barangan kitar semula yang terdapat di Ibu Pejabat hampir 2 minggu selepas sesi penjualan pertama pada 4 Mac lalu. Barangan kitar semula yang kebanyakkannya kotak dan kertas-kertas terpakai itu adalah merupakan barangan kitar semula yang dipungut daripada setiap warga kerja PPSPPA Kedah serta yang telah dibeli daripada institusi komersial seperti Restoran Makanan Segera McD, Secret Recipe, Panggung Wayang City Plaza dan sebagainya. Sebanyak 827 kg barangan kitar semula yang berjaya diasingkan, ditimbang dan dijual kepada vendor yang berhampiran. Sejumlah hampir RM250.00 telah diperoleh daripada sesi penjualan kali ini.

​Aktiviti Kutipan dan Penjualan Barangan Kitar Semula di Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar

​

​Seperti bulan Februari 2013, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar, Kedah akan menjual barangan kitar semula yang telah dikumpul selama sebulan kepada pihak vendor yang berhampiran. Barangan kitar semula yang telah disimpan selama sebulan di stor ibu pejabat ini dijual kesemuanya bagi memastikan kebersihan stor pejabat dijaga dengan baik. Selain itu, aktiviti penjualan ini akan meningkatkan semangat warga kerja PPSPPA Kedah untuk mengitar semula sisa pepejal untuk menjana pendapatan mereka.

​

Pada 4 Mac 2013, sebanyak 405 kg barangan kitar semula telah dijual sepenuhnya dan sejumlah RM 100.00 lebih telah diterima daripada pihak vendor. Hasil jualan barangan kitar semula ini akan diagihkan kepada warga kerja yang menghantar barangan kitar semula milik mereka pada setiap bulan.

​Bersukan Sambil Mengitar Semula !!!!

​

Pada 27 Februari 2013, pihak warga kerja PPSPPA Kedah telah menjalankan aktiviti riadah berbentuk sukan Badminton bertempat di Dewan PDRM Sik, Kedah. Aktiviti sukan yang berlangsung pada pukul 8.00 sehingga 12.00 malam itu disertai oleh hampir 20 orang warga kerja yang dianjurkan sendiri oleh mereka. Antara hadiah kejohanan badminton tersebut ialah piala pusingan Pegawai 3R Negeri Kedah. Kejohanan Badminton peringkat dalaman PPSPPA Kedah ini adalah merupakan pertandingan badminton pertama kali diadakan pada tahun ini dan merupakan siri ke-2 untuk pertandingan piala pusingan tersebut selepas siri pertama di Alor Setar pada bulan November tahun lepas.

​

Konsep permainan adalah sama seperti siri pertama iaitu 7 regu daripada PPSPPA Selatan yang dianggotai oleh gabungan warga kerja PPSPPA dari Cawangan Sik, Kulim dan Sungai Petani melawan 7 regu daripada PPSPPA Utara yang dianggotai oleh gabungan warga kerja PPSPPA dari Cawangan Alor Setar, Guar Chempedak dan Kubang Pasu. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja PPSPPA Kedah disamping menggalakkan budaya sukan di kalangan mereka. Selain itu, amalan kitar semula diterapkan dalam diri setiap pemain dengan menggalakkan mereka mengutip, mengumpul dan mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula. Antara sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang ditemui semasa perlawanan tersebut ialah botol-botol plastik, kotak-kotak terpakai dan tin-tin aluminium. Keputusan perlawanan adalah seri yang mana pusingan pertama, PPSPPA Kedah Selatan telah menang 4-3 manakala pusingan kedua mencatatkan kemenangan 4-3 juga buat PPSPPA Kedah Utara. Hal ini kerana perlawanan tidak dapat diteruskan oleh sebab masa telah pon lewat dan ramai pemain yang datang dari jauh terpaksa pulang. Walaubagaimanapun, selaku tuan rumah, piala pusingan diberikan kepada pihak PPSPPA Kedah Selatan.

​Aktiviti Kutipan dan Penjualan Barangan Kitar Semula di Ibu Pejabat PPSPPA Kedah

​

​Pada 29 April 2013, satu program 3R iaitu aktiviti penjualan barangan kitar semula telah dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah. Penjualan barangan kitar semula ini adalah kesinambungan daripada pengumpulan barangan tersebut selama sebulan oleh setiap warga kerja Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Hasilnya sebanyak 54 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan dijual kepada pihak vendor berhampiran.

​Aktiviti Kutipan dan Penjualan Barangan Kitar Semula di PPSPPA Kedah

​

Setelah hampir sebulan menghimpun barangan kitar semula di stor penyimpanan barangan kitar semula, pihak pengurusan Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menjual semua barangan kitar semula tersebut pada 2 Februari 2013 kepada vendor yang berhampiran. Sebanyak 250 kg kertas cetakan hitam putih, 174 kg kertas dan kotak-kotak terpakai, dan 6 kg botol plastik telah dijual kepada pihak vendor bersamaan dengan RM 143.00 secara keseluruhan diperoleh.

​Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula di PPSPPA Kedah

​

​Akhirnya, program 3R pada hari tersebut dimeriahkan dengan aktiviti penjualan barangan kitar semula di Bahagian Kitar Semula Dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Sebanyak 65 kg lebih barangan kitar semula yang telah dijual bersamaan dengan RM 25.00 lebih.

bottom of page