top of page

​Berita dan Aktiviti Program Kitar Semula di Kompleks Pejabat Kerajaan

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Wisma Darul Aman

 

Pihak pengurusan Wisma Darul Aman dan staf-staf pembersihan kompleks pejabat kerajaan tersebut telah menghubungi pihak PPSPPA Kedah dan juga vendor untuk mengadakan program 3R pada 22 Julai 2013. Aktiviti yang dijalankan pada waktu rehat bagi warga kerja di situ iaitu pada pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 2.00 petang mendapat kerjasama daripada semua staf termasuklah warga kerja pejabat-pejabat kerajaan serta staf-staf sokongan yang banyak membantu mengangkat barangan kitar semula daripada pejabat ke perkarangan tempat letak kereta yang mana lori 3R vendor ditempatkan.

 

Alhamdulillah, sebanyak 972 kg menghampiri 1 tan barangan kitar semula telah dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor. Maka itu, sejumlah RM316.44 telah diagihkan kepada warga kerja kompleks pejabat kerajaan Wisma Darul Aman yang telah menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Pejabat ADUN Kuah, Langkawi !!!!

 

Pada 21 Julai 2013, aktiviti kutipan barangan kitar semula di Pejabat ADUN Kuah, Langkawi telah dijalankan oleh warga kerja PPSPPA Cawangan Langkawi. Dengan bantuan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd , aktiviti kutipan dapat disempurnakan sepanjang hari program dilaksanakan. Kerjasama daripada warga kerja pejabat ADUN Kuah serta warga kerja pejabat Cawangan PPSPPA Langkawi dalam membersihkan kawasan sekitar pejabat tersebut amatlah dihargai dan menghasilkan sebanyak 288 kg barangan kitar semula yang telah dikumpul, diasingkan mengikut jenis barangan dan ditimbang. Selepas selesai proses penjualan barangan kitar semula tersebut kepada vendor berdekatan, sejumlah RM53.70 hasil jualan telah diberikan kepada pihak pengurusan pejabat ADUN Kuah berkenaan atas sokongan terhadap kempen 3R yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Cawangan Langkawi. Terima kasih diucapkan.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Wisma Darul Aman

 

Wisma Darul Aman sekali lagi menjalankan program 3R bersama-sama dengan PPSPPA Kedah. Hampir setiap bulan pihak pengurusan Wisma Darul Aman menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula bagi menyokong kempen 3R yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA Kedah. Warga kerja Wisma Darul Aman khususnya staf-staf sokongan dan juga pekerja pembersihan kompleks pejabat kerajaan berkenaan masing-masing telah menyimpan barangan kitar semula milik mereka di tangga-tangga, pejabat mereka, stor pembersihan dan ruang penyimpanan sebelum hari kutipan barangan kitar semula. Akhirnya pada 25 Jun 2013 aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan di perkarangan kompleks pejabat kerajaan. Semenjak awal tahun 2012, aktiviti kutipan barangan kitar semula di kompleks tersebut secara puratanya tidak begitu banyak. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, aktiviti pembersihan kawasan tersebut semakin kerap dijalankan menyebabkan kuantiti barangan kitar semula yang dijumpai di sekitar pejabat-pejabat di kompleks berkenaan semakin banyak.

 

Oleh sebab itu, pada 25 Jun 2013 pihak PPSPPA Kedah dan pihak vendor telah membantu warga kerja Wisma Darul Aman dalam aktiviti pengumpulan barangan lusuh seperti kertas, botol-botol plastik, tin-tin aluminium dan tin-tin susu bagi membersihkan kawasan kompleks Wisma Darul Aman. Sepanjang hari itu, sebanyak  1787 kg barangan kitar semula telah diasingkan mengikut kategori dan jenis manakala sejumlah RM577.72 telah diagihkan kepada warga kerja yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu membersihkan kawasan sekitar Wisma Darul Aman dan menyokong kempen 3R ini. Insyaallah, pada bulan depan, jadual kutipan barangan kitar semula di situ akan dijalankan selama 2 hari.

 

 

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Wisma Darul Aman

​

Pada 15 Mei 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di Wisma Darul Aman sempena aktiviti pembersihan kompleks pejabat kerajaan berkenaan sebelum sambutan Majlis Perasmian Pemantapan Urustadbir dan Sukan oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz Bin Tun Mahathir pada keesookan harinya. Aktiviti yang dijalankan bersama-sama pihak vendor berhampiran mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penjawat-penjawat awam serta staf-staf sokongan dan syarikat pembersihan kompleks pejabat kerajaan tersebut.

​

Kepanasan cuaca pada hari tersebut dihangatkan lagi dengan riuh rendah kemeriahan warga Wisma Darul Aman yang sibuk menghantar barangan kitar semula. Hasilnya sebanyak 667 kg kertas cetakan hitam putih, 1360 kotak dan kertas terpakai, 68 kg botol-botol plastik, 1.5 kg tin-tin aluminium, dan 7 kg tin-tin susu telah dihantar oleh warga kompleks kerajaan tersebut dengan jumlah berat kesemua barangan kitar semula yang telah ditimbang adalah sebanyak 2.1 tan. Jumlah duit hasil jualan barangan kitar semula tersebut ialah sebanyak RM668.45 dan telah diagih-agihkan kepada mereka yang terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Wisma Darul Aman

 

​​

Pihak pengurusan Wisma Darul Aman telah menjalankan program 3R pada 14 April 2013 iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula bersama-sama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Pada kali ini, penglibatan penjawat-penjawat awam, staf-staf sokongan dan pekerja am dari setiap bahagian dan jabatan di wisma berkenaan sangat menggalakkan. Antara barangan kitar semula yang telah dikutip ialah kertas-kertas rincih, kertas cetakan hitam putih, botol-botol plastik, tin aluminium dan sebagainya. Hasilnya sebanyak 1.2 tan barangan kitar semula yang berjaya dikutip, ditimbang dan dijual kepada pihak vendor yang berdekatan. Ianya bersamaan dengan jumlah hasil jualan sebanyak RM 400.00 lebih dan telah diagih-agihkan kepada semua staf yang menyertai program. Tahniah dan syabas diucapkan kerana menyokong kempen kitar semula yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA selama 2 tahun berturut-turut.​

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Jabatan Alam Sekitar

​

​Jabatan Alam Sekitar, Alor Setar telah menjalankan program 3R bersama-sama PPSPPA Kedah dengan bantuan vendor berhampiran. Aktiviti yang dijalankan pada 18 Mac 2013 mendapat kutipan barangan kitar semula sebanyak 50.30 kg iaitu bersamaan dengan RM 17.61. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Alam Sekitar, En Shah. Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar kerana bersama-sama pihak PPSPPA dalam menyelamatkan bumi.

​Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh Staf-staf Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

​​

Seperti bulan-bulan lepas, pihak staf Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjual barangan kitar semula pada bulan ini iaitu pada 10 Mac 2013. En Zaidi yang merupakan staf MBAS telah menghantar sebanyak 28 kg kotak-kotak terpakai untuk dijual kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dan membawa pulang sejumlah RM 7.84. Kotak-kotak terpakai ini akan dijual kepada vendor berhampiran untuk dikitar semula.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Wisma Darul Aman

​

Seperti biasa pada 27 Februari 2013, pihak pengurusan Bahagian Kerajaan Tempatan, Wisma Darul Aman telah mengadakan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula. Dengan kerjasama vendor berhampiran, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menguruskan aktiviti berkenaan.

​

Selepas berakhir aktiviti tersebut, sebanyak 300 kg barangan kitar semula telah dikumpul oleh warga kerja Wisma Darul Aman bersamaan dengan RM84.00 telah diperoleh daripada pihak vendor.

​Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh Staf-staf MBAS

​

Warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan program 3R bersama-sama warga kerja PPSPPA Kedah pada 20 Februari 2013. Hal ini berikutan dengan aktiviti pembersihan pejabat sempena program 5S yang telah dianjurkan oleh MBAS sendiri. Hasilnya, barangan kitar semula seperti kotak-kotak terpakai dan kertas-kertas rincih yang tidak digunakan lagi wajib dikitar semula dan khidmat Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah diperlukan.

​

Sepanjang hari berkenaan, sebanyak 12 kg barangan kitar semula yang telah dihantar, diasingkan dan ditimbang dan sejumlah RM3.36 telah diberikan kepada mereka.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Wisma Darul Aman

​

​Seperti biasa, pihak pengurusan Wisma Darul Aman dengan kerjasama staf syarikat pembersihan PPK telah mengadakan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 28 Januari 2013. Setelah selesai aktiviti berkenaan, didapati sebanyak 1.2 tan lebih barangan kitar semula yang terkumpul dan sebanyak hampir RM400.00 telah diberikan kepada staf-staf yang terlibat. Tahniah, diucapkan kepada semua yang bekerjasama menjayakan program berkenaan dan menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan amalan kitar semula.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di MBAS

​

Sepanjang bulan Januari, warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) amat aktif dalam menjayakan program kitar semula anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah berikutan dengan kempen 5S yang telah dijalankan oleh mereka sempena awal tahun perkhidmatan. Untuk memastikan pejabat mereka bersih dan amalan 5S dipatuhi, segala dokumen yang telah dirincihkan dibawa ke Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk dijual dan dikitar semula.

​

Sebagai meningkatkan semangat mereka untuk mengitar semula, sejumlah RM261.25 telah diberikan kepada warga kerja MBAS yang terlibat berikutan dengan hasil jualan sebanyak hampir 690 kg barangan kitar semula yang telah dijual oleh mereka sepanjang bulan Januari 2013.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Jabatan Alam Sekitar

​

Pada 8 Januari 2013, pihak PPSPPA Negeri Kedah telah menerima panggilan telefon daripada Jabatan Alam Sekitar, Alor Setar untuk menjalankan program 3R iaitu aktiviti pengasingan sisa di sumber seperti di Wisma Darul Aman. Oleh itu, dengan bantuan vendor terdekat, sebanyak 600 kg lebih telah dikutip dan sejumlah hampir RM 200.00 telah diagih-agihkan kepada staf-staf yang menyertai program berkenaan.

bottom of page