top of page

​Berita dan Aktiviti Program Kitar Semula di Komuniti

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Koperasi Masjid Aman​

 

Koperasi Masjid Aman yang terletak di perkarangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar merupakan antara komuniti yang berminat untuk menjalankan program 3R bersama pihak PPSPPA pada bulan April 2013. Aktiviti kutipan barangan kitar semula yang dijalankan pada 10 April 2013 bersama pihak vendor yang dilantik adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar masjid dan beramal kepada pihak koperasi masjid berkenaan. Sebanyak 59 kg kotak-kotak terpakai yang telah dikutip dan ditimbang oleh pihak PPSPPA dan sejumlah RM16.52 telah dipulangkan oleh pihak vendor kepada pihak pengurusan koperasi masjid berkenaan.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

​

​Komuniti Flat Taman Setia Jaya telah mengadakan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah dan pihak vendor berhampiran pada 11 April 2013. Kali ini sebanyak 231.4 kg barangan kitar semula yang berjaya dikumpul dan ditimbang. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut telah diagih-agihkan kepada semua penduduk komuniti berkenaan. Jumlah kesemua hasil jualan barangan kitar semula tersebut ialah RM109.60.

​​Bersukan Sambil Mengitar Semula !!!!!!

​

Sempena Program Tahunan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Larian Jom! Kitar Semula 2013 akan diadakan pada 15 Jun 2013.

​

Program ini akan memupuk semangat kesukanan disamping mengajar masyarakat untuk mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian. Program ini juga akan dicatatkan di dalam Malaysia Book Of Records.

​

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program larian ini di seluruh Malaysia boleh melayari laman web berikut:

 

http://www.ppsppa.gov.my/larian2013/

​

program ini juga diadakan di negeri Kedah iaitu di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.

​Aktiviti Kutipan di Komuniti Taman Teratai Jingga

​

​Komuniti Taman Teratai Jingga, Alor Setar yang telah memulakan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah sejak tahun lalu telah memulakan kempen kutipan barangan kitar semula pada tahun ini iaitu pada 18 April 2013. Lebih kurang 16.5 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip di komuniti taman tersebut bagi membersihkan kawasan sekitar taman perumahan ini. Sejumlah RM11.55 telah diberikan kepada penduduk taman berkenaan.

​Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh Komuniti Taman Chengal

​

​Penduduk kawasan Taman Chengal juga turut serta dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah dalam memastikan kebersihan alam sekitar kawasan perumahan mereka terjamin. Pada 18 April 2013, En Najid sekeluarga yang merupakan antara warga komuniti Taman Chengal telah berkunjung ke Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menjual barangan kitar semula milik mereka.

​

Sebanyak 11.70 kg barangan kitar semula yang telah ditimbang dan sejumlah RM4.00 lebih telah diberikan kepada mereka. Terima kasih diucapkan.

​Program 3R di Langkawi Sempena LIMA !!!!!

​

​Sempena sambutan Langakawi International Maritime Aerobatic (LIMA) di Langkawi, Kedah, satu program 3R besar-besaran telah dijalankan oleh PPSPPA pada 26 hingga 31 Mac 2013 untuk memastikan kesedaran awam serta kebersihan pulau berkenaan dipertingkatkan. Antara aktiviti-aktiviti 3R yang dijalankan ialah peletakkan tong-tong kitar semula di lokasi-lokasi terpilih di sekitar pulau, memberi rujukan pengasingan sisa kepada pengunjung, mempromosikan PPSPPA dan kempen 3R, mempromosikan program Larian Jom! Kitar Semula 2013, dan pameran berkaitan PPSPPA, Kempen 3R dan Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura.​

​

Antara masalah yang dihadapi semasa menjalankan kempen 3R di Langkawi ini ialah seperti berikut:

​

1) Kekurangan kakitangan daripada syarikat Environment Idaman dalam membantu program kitar semula di karnival ini sedikit sebanyak mengganggu usaha untuk mendidik pengunjung dalam mengasingkan sisa dan menggunakan tong kitar semula dengan betul.

​

2) Skuad khas daripada PPSPPA dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd bagi program kitar semula perlu diwujudkan bagi memberi fokus kepada program-program kitar semula pada masa akan datang dan skuad ini terdiri daripada orang-orang yang mampu mengajar orang awam untuk mengasingkan sisa dan menggunakan tong yang betul kerana pada peringkat awal mendidik masyarakat tentang tong kitar semula, setiap lokasi yang diletakkan tong kitar semula perlu ada person in charge yang akan membimbing pengunjung semasa menggunakan tong kitar semula.

​

3) Pihak konsesi perlu menyediakan lebih banyak tong kitar semula mengikut warna di merata tempat tumpuan ramai terutama semasa berlangsung program-program besar yang mendapat kunjungan ramai.

​

4) Bagi Program 3R, pihak PPSPPA tidak mendapat kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya oleh syarikat konsesi dalam menjayakan program ini. Selain daripada itu, hasil barangan kitar semula yang terkumpul tidak dipungut oleh syarikat konsesi dan menyebabkan pihak PPSPPA memungut barangan kitar semula sendiri.

​​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

​

Seperti biasa pada setiap minggu, aktiviti kutipan barangan kitar semula di Flat Taman Setia Jaya akan dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Kali ini, pada 28 Mac 2013, sebanyak 464.9 kg barangan kitar semula telah dikumpul, diasing, dikutip dan ditimbang oleh pihak vendor berhampiran. Hasilnya, sejumlah RM 242.35 wang tunai telah diagih-agihkan kepada para penduduk flat berkenaan. Setakat ini, komuniti rumah pangsa tersebut merupakan komuniti yang mencatatkan kutipan barangan kitar semula tertinggi dalam daerah Alor Setar.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

​

Selepas aktiviti pertama pada 7 Mac lalu, kini pada 14 Mac 2013, aktiviti kutipan barangan kitar semula diteruskan di komuniti Flat Taman Setia Jaya setelah program 3R berkenaan dijalankan secara berturut-turut pada setiap minggu.

​

Jumlah keseluruhan kuantiti barangan kitar semula yang berjaya dikutip ialah sebanyak 247.30 kg bersamaan dengan RM 113.00 yang mana diagihkan kepada penduduk yang menghantar barangan kitar semula milik mereka. Dengan pendekatan kempen kitar semula sebegini akan meningkatkan kebersihan komuniti berkenaan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Dewan Badminton KBA, Jalan Suka Menanti

​

​Pihak pengurusan Dewan Badminton KBA, Jalan Suka Menanti, Alor Setar telah menjalankan program 3R pada 10 Mac 2013. Barangan kitar semula yang banyak telah dikumpul oleh pekerja am dewan berkenaan. Sebanyak 291.50 kg barangan kitar semula yang diasingkan dan ditimbang oleh pihak vendor yang dilantik dan sejumlah RM 96.11 telah diberikan kepada pekerja-pekerja am yang terlibat.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Kg Pumpong

​

Selepas menjalankan program 3R di Dewan KBA pada 10 Mac, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dan vendor telah mengunjungi Kampung Pumpong untuk menjalankan program yang sama. Aktiviti kitar semula di kampung tersebut sudah lama tidak dijalankan sehingga banyak barangan kitar semula yang dikumpul oleh komuniti kampung berkenaan. Hasilnya, sebanyak 185.50 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada plastik, tin aluminium, tin-tin susu, kertas, mesin basuh terpakai dan besi telah diasing dan ditimbang. Sejumlah RM 83.22 telah diagih-agihkan kepada para penduduk kampung tersebut sebagai hasil jualan barangan kitar semula yang telah dikumpul oleh mereka.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Koperasi Masjid Aman

​

Koperasi Masjid Aman, Alor Setar merupakan komuniti terakhir pada 10 Mac 2013 yang menjalankan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah. Sebanyak 64 kg barangan kitar semula yang diperoleh dan sejumlah RM 18.13 telah disumbangkan kepada pihak koperasi masjid berkenaan untuk tujuan amal.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

​

Seperti biasa, pada setiap hari Khamis, Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah akan menjalankan program 3R di Komuniti Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar untuk memastikan kawasan persekitaran taman tersebut bersih. Aktiviti pada bulan ini bermula pada 7 Mac 2013 yang mana pihak vendor berhampiran turut serta memberikan kerjasama mengutip, mengasingkan mengikut jenis dan membeli barangan kitar semula daripada para penduduk yang menghantar ke kaunter yang disediakan.

​

Jumlah barangan kitar semula yang dikutip pada minggu berkenaan ialah sebanyak 491.6 kg bersamaan dengan RM 229.47 telah diagih-agihkan kepada penduduk yang telah menghantar barangan kitar semula milik mereka.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

​

​​Antara pengisian program 3R Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada setiap minggu ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar. Pada 28 Februari 2013, aktiviti berkenaan dijalankan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Program yang dijalankan secara konsep Drive-Thru ini adalah satu program komuniti yang bertujuan membersihkan kawasan sekitar taman tersebut. Terdapat banyak barangan kitar semula yang berjaya dikumpul daripada dijadikan sampah iaitu sebanyak 1.6 tan bersamaan dengan RM 700.12 yang telah diagih-agihkan kepada setiap penduduk flat yang hadir memberikan barangan kitar semula milik mereka. Program ini yang bermotifkan aktiviti hijau, sedikit sebanyak dapat membersihkan kawasan sekitar flat dan mengeratkan hubungan sesama warga penduduk tersebut serta warga PPSPPA Kedah.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

​

​Pada 21 Februari 2013, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dengan kerjasama vendor berhampiran telah mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula di komuniti Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Khamis, jam 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari secara konsep Drive-Thru.

​

Pelbagai karenah dan gelagat para penduduk setempat yang melucukan semasa aktiviti dijalankan. Dengan keriuhan komuniti flat taman berkenaan memeriahkan lagi suasana program 3R yang dijalankan. Apabila berakhir aktiviti yang dijalankan, sebanyak 100 kg lebih telah diperoleh dan dijual kepada pihak vendor.

​

Lebih memeranjatkan dan memberangsangkan pihak penganjur adalah, keunikan cara pengumpulan barangan kitar semula yang ditunjukkan oleh sebilangan warga penduduk flat taman tersebut. Kebanyakkan mereka menggunakan basikal yang diubahsuai menjadi beca yang berperanan mengangkut barangan kitar semula ke kaunter kami.

​Aktiviti Pameran 3R dan Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura di UiTM Merbok, Sg Petani

​

Para pelajar UiTM Merbok, Sungai Petani telah mengadakan program pameran berkaitan dengan kempen 3R khususnya kitar semula di sekitar perkarangan kampus tersebut pada 21 Mei 2013. Antara pengisian program ini ialah seperti kempen pengasingan sisa dengan konsep 3R iaitu menggunakan tong kitar semula dan pameran berkaitan dengan rawatan sisa makanan menggunakan kaedah Pengkomposan Takakura. Program pameran ini juga dijayakan dengan kerjasama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah serta Pejabat Cawangan PPSPPA Sungai Petani.

​Program My Beautiful Malaysia

​

Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu program kebersihan yang dinamakan sebagai program My Beautiful Malaysia pada 3 Februari 2013 untuk mencantikkan lagi alam sekitar khususnya di lokasi-lokasi bertasik, taman-taman, pusat riadah dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta PPSPPA bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti gotong-royong dengan bantuan syarikat-syarikat konsesi yang dilantik. Di negeri Kedah, program ini dijalankan di beberapa buah tempat di Alor Setar, Sungai Petani, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap. Kehadiran tetamu VIP dan Timbalan CEO PPSPPA memeriahkan suasana majlis tersebut.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Koperasi Masjid Aman

​

Pada 2 Februari 2013, pihak pengurusan Koperasi Masjid Aman telah mengadakan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula untuk membantu menjana pendapatan koperasi masjid tersebut. Hasilnya, sebanyak 60 kg barangan kitar semula seperti kotak bekas telur, kotak-kotak terpakai, botol-botol plastik dan tin aluminium telah ditimbang dan dijual kepada vendor berhampiran. Sejumlah RM15.00 lebih telah diberikan kepada pengusaha koperasi berkenaan.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Taman Kota Nelayan​

​

Pada 27 Mei 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di sekitar komuniti Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Aktivit yang turut disertai oleh pihak vendor berhampiran mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

​

Hasil aktiviti ini mendapati hampir 100 kg barangan kitar semula yang berjaya diperoleh dan sejumlah RM53.82 telah diberikan kepada komuniti taman berkenaan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Pekan Langgar

 

​Komuniti Pekan Langgar merupakan salah satu komuniti di sekitar Alor Setar yang menjalankan program 3R anjuran PPSPPA Kedah pada bulan Mei 2013. Program 3R yang dimaksudkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula yang telah dijalankan pada 27 Mei 2013. Sebanyak 258 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan dijual kepada pihak vendor yang dilantik dan sejumlah RM149.88 hasil jualan barangan kitar semula tersebut telah diberikan kepada komuniti terbabit yang merupakan antara usahawan di pekan tersebut.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Kampung Masjid Baru, Semeling, Kedah

​

Komuniti Kampung Masjid Baru, Semeling Kedah juga berminat untuk menjalankan program 3R anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah. Penduduk kampung berkenaan memohon kepada pihak PPSPPA Kedah untuk membantu menjual barangan kitar semula milik mereka untuk membersihkan kawasan rumah mereka. Komuniti kampung yang terletak di daerah Sungai Petani ini menjalankan aktiviti tersebut pada 12 Januari 2013.

​

Aktiviti berkenaan yang dikelolakan oleh En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah dibantu oleh pihak vendor berhampiran. Sebanyak 85 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya ditimbang dan dijual kepada pihak vendor dan sejumlah RM28.00 telah diberikan kepada penduduk yang menghantar barangan tersebut.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Dewan Badminton KBA

​

Komuniti sukan badminton di Dewan KBA, Jalan Suka Menanti, Alor Setar amat berminat untuk menjalankan program 3R bersama pihak PPSPPA Negeri Kedah yang mana, atlet-atlet di pusat sukan berkenaan banyak mengumpul botol-botol plastik, shuttle dan kotak-kotak terpakai bagi menjana wang yuran permainan badminton mereka. Oleh yang demikian, pada 11 Januari 2013, aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan bersama-sama pihak vendor yang dilantik.

​

Kerjasama yang erat juga diberikan oleh staf-staf sokongan dan pekerja pembersihan di pusat sukan berkenaan. Hasilnya, sebanyak 116 kg bersamaan dengan RM40.00 lebih telah diberikan kepada warga pusat sukan yang terlibat dalam program berkenaan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Kolej Tentera Udara

​

Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, berdekatan dengan Kubang Pasu telah mengadakan program 3R pada 9 Januari 2013 untuk menggalakkan anggota tentera untuk mengitar semula sisa pepejal yang telah tamat tempoh penggunaan dan mencapai tahap pelupusan. Komuniti berkenaan telah menerima kunjungan daripada pihak PPSPPA Negeri Kedah dan juga vendor berhampiran untuk membantu mengasingkan dan memjual barangan kitar semula seperti kertas, buku-buku lama dan juga kotak pada hari berkenaan.

​

Pada hari tersebut, sebanyak 295 kg barangan kitar semula terkumpul yang telah diasing, ditimbang dan dijual dan menghasilkan sejumlah RM 80.00 lebih dan telah diberikan kepada anggota yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat direalisasikan pada setiap bulan bagi menggalakkan anggota angkatan tentera untuk mengitar semula dan membersihkan kawasan kolej.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Flat Taman Setia Jaya

​

Komuniti Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar, Alor Setar merupakan salah sebuah komuniti yang sangat berminat dengan program kitar semula dan pengasingan sisa yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Kedah. Komuniti ini telahpun menyatakan hasrat untuk menjalankan program kutipan barangan kitar semula pada bulan Disember tahun lalu dan pada bulan Januari 2013, aktiviti kutipan tetap diteruskan dengan bantuan pihak vendor yang berhampiran oleh kerana kuantiti sampah atau sisa pepejal yang semakin meningkat di lokasi berkaitan. Oleh yang demikian, hari Khamis pada setiap minggu merupakan hari khas yang sangat padat untuk menjalankan program 3R di komuniti berkenaan sahaja. Pada 3 dan 10 haribulan Januari 2013, pihak PPSPPA Kedah telah menjalankan program pengasingan sisa dan seterusnya aktiviti kutipan barangan kitar semula di komuniti berkenaan.

​

Jadual aktiviti berkaitan yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari mendapat sambutan yang amat hangat yang mana, kaunter kutipan barangan kitar semula PPSPPA Kedah menjadi tidak ubah seperti keadaan di pasar basah. Tumpuan orang ramai yang majoritinya penduduk di flat berkenaan membanjiri kaunter kami dengan barangan kitar semula milik masing-masing. Pada bulan Januari sahaja, sebanyak 890 kg barangan kitar semula yang berjaya dijual kepada pihak vendor dan hasil jualan sebanyak RM 430.00 dibahagikan kepada komuniti yang terlibat dengan rekod buku yang disediakan oleh warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah. Rekod kutipan ini kurang daripada bulan Disember tahun lepas oleh kerana jadual yang padat pihak Bahagian dengan aktiviti 3R di lokasi lain. Insyaallah, aktiviti di flat ini akan diseragamkan. Selain itu, pihak Bahagian juga sedang mencari komuniti yang lain untuk menjalankan program yang sama. Ternyata, banyak barangan kitar semula yang terhasil di komuniti berbanding di pasaraya dan di tempat-tempat lain kerana isi rumah merupakan sumber kepada sisa pepejal.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Koperasi Masjid Aman

​

Program 3R anjuran PPSPPA Kedah ini disusuli dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Koperasi Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah yang mengumpul sebanyak 54 kg lebih barangan kitar semula seperti tin-tin susu, botol-botol plastik, dan kotak-kotak terpakai. Selepas ditimbang kesemua barangan tersebut, sejumlah RM 16.00 lebih telah diberikan kepada tabung koperasi masjid berkenaan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Taman Tunku Sarina

​

​Selepas aktiviti dijalankan di sekolah selesai, salah seorang guru sekolah tersebut menjemput pihak PPSPPA Kedah untuk menjalankan program yang sama di taman perumahan tempat tinggal guru berkenaan iaitu Taman Tunku Sarina, Jitra. Sebanyak 37 kg kotak-kotak terpakai dan kertas cetakan hitam putih diasing dan ditimbang serta dijual kepada pihak vendor yang memberi pulangan hasil jualan sebanyak RM 11.00 lebih yang mana diberikan kepada komuniti taman tersebut yang terlibat.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Taman Kota Nelayan

​

​Kemudian, pihak PPSPPA Kedah menerima panggilan telefon daripada penduduk Taman Tunku Nelayan, Kuala Kedah yang berminat untuk menjalankan program 3R pada hari yang sama. Setelah sampai di lokasi yang dimaksudkan, kami dikejutkan dengan kuantiti barangan kitar semula yang sangat banyak dan dikumpul di salah sebuah rumah penduduk taman berkenaan yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan barangan kitar semula! Alhamdulillah, berkat usaha jiran-jiran tetangga, sebanyak 150 kg lebih barangan kitar semula yang kebanyakkannya tin-tin susu telah dibeli oleh pihak vendor dan pihak penduduk taman yang terlibat telah menerima sejumlah RM 90.00 lebih. Tahniah diucapkan.

Bersukan Sambil Mengitar Semula di Stadium Darul Aman !!!!!!

 

Akhirnya, program yang telah ditunggu-tunggu telahpun tiba. Acara Larian Jom! Kitar Semula 2013 telah diadakan secara besar-besaran bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman. Acara yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah juga diadakan di kebanyakan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia yang juga dianjurkan oleh pihak PPSPPA. Seramai lebih 3000 peserta yang telahpun mendaftar dalam acara yang gilang-gemilang ini dan setiap penyertaan adalah percuma. Peserta Orang Kelebihan Upaya (OKU) juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti tersebut. Hadiah yang ditawarkan adalah berupa barangan elektrik dan hadiah utama merupakan sijil simpanan premium.

 

Acara tahunan ini telah dirasmikan oleh ADUN Kuala Nerang, YB Badrul Hisham Hashim. Antara pengisian program selain daripada aktiviti larian ialah aktiviti pameran dan cabutan bertuah. Pihak PPSPPA Kedah tidak ketinggalan mengadakan pameran kepada para pengunjung. Antara pameran yang dijalankan ialah pameran PPSPPA, Kempen 3R dan Rawatan Sisa Makanan Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Sepanjang hari aktiviti ini dijalankan, sebanyak 1 tan lebih barangan kitar semula yang diperoleh daripada peserta larian dan sejumlah RM 700.00 lebih hasil jualan barangan kitar semula tersebut. Kebanyakan barangan kitar semula yang diterima daripada peserta dan pengunjung ialah seperti botol-botol plastik, tetrapak dan surat khabar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

 

 

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Dewan Badminton KBA dan Kg Pumpong

 

Pada 26 Jun 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan di sekitar Jalan Suka Menanti iaitu di Dewan Badminton KBA. Dewan Badminton KBA merupakan komuniti yang agak aktif menjalankan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah kerana mempunyai barangan lusuh yang kebanyakannya botol-botol plastik. Sepanjang hari mengadakan aktiviti kutipan barangan lusuh tersebut, sebanyak 310 kg barangan kitar semula telah dikumpul oleh staf-staf dewan tersebut dan berjaya ditimbang oleh pihak vendor.

Pihak pengurusan dan pekerja pembersihan dewan tersebut telah diagih-agihkan hasil jualan barangan kitar semula yang telah mereka sumbangkan iaitu jumlah keseluruhan RM168.90.

 

Selepas aktiviti tersebut, pihak PPSPPA Kedah dan juga vendor tersebut beralih ke kawasan perkampungan Kg. Pumpong untuk menjalankan program 3R yang sama di komuniti berkenaan. Terdapat beberapa barangan kitar semula yang telah dijual atau disumbangkan oleh penduduk setempat seperti basikal lama, lampu minyak tanah yang tidak digunakan, besi-besi buruk, botol-botol plastik, dan sebagainya. Hasil kutipan mendapati sebanyak 78.2 kg bersamaan dengan RM46.25.

 

Aktiviti Ceramah Program Kitar Semula di Komuniti Kampung Berjaya

 

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menjalankan program 3R di Kampung Berjaya, Alor Setar pada 30 Julai 2013. Aktiviti berbentuk ceramah mengenai Program Kitar Semula di Komuniti itu dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar dan juga JKK Kampung Berjaya, Kampung Seberang Terus serta Kampung Teluk Yan. Ceramah ini telah dijalankan di perkarangan Masjid Kampung Berjaya dan dihadiri juga oleh pelajar-pelajar cemerlang daripada KAFA di masjid berkenaan.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Perkampungan Kastam, Langkawi !!!

 

Pihak pengurusan Pejabat Cawangan PPSPPA Langkawi telah menjalankan program 3R pada 2 hari berturut-turut mulai 20 Julai 2013 sehingga 21 Julai 2013 di 2 buah komuniti. Program yang dimaksudkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula iaitu di Perkampungan Kastam Penarak pada 20 Julai dan juga Pejabat ADUN Kuah pada 21 Julai 2013. Ikuti laporan di bawah:


Aktiviti kutipan barangan kitar semula di Perkampungan Kastam Penarak (20 Julai 2013)
 

Sepanjang aktiviti dijalankan, pihak pengurusan Pejabat Cawangan PPSPPA Langkawi dan juga komuniti Perkampungan Kastam Penarak ini menggunakan khidmat dan kerjasama daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk menjayakan program 3R ini. Sebanyak 666 kg barangan kitar semula telah dijumpai, dikumpul, ditimbang dan dijual oleh pihak syarikat dan sejumlah RM147.82 telah disampaikan kepada komuniti perkampungan berkenaan yang telah menumbangkan barangan kitar semula milik mereka.

 

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Komuniti Flat Taman Setia Jaya

 

Selepas hampir 4 bulan tidak menjalankan program 3R di Flat Taman Setia Jaya kerana persediaan sambutan Pilihan Raya Umum, pada 1 Ogos 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan semula di komuniti berkenaan. Aktiviti yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari itu cukup mendapat sambutan setiap kali dijalankan dan sehingga kini mencapai kutipan barangan lusuh sebanyak 3.9 tan !!

 

Aktiviti kutipan barangan kitar semula pada kali ini mencapai sebanyak 400 kg lebih bersamaan dengan RM185.50. Alhamdulillah, dengan menjayakan program ini pada setiap 2 minggu sebulan akan memastikan kebersihan kawasan setempat terjamin.

Aktiviti Penjualan Barangan Kitar Semula oleh Penduduk Taman Chengal

 

Selepas bulan April 2013, penduduk kawasan Taman Chengal akhirnya mengadakan program 3R anjuran PPSPPA Kedah dalam memastikan kebersihan alam sekitar kawasan perumahan mereka terjamin. Pada 22 Julai 2013, En Najid sekeluarga yang merupakan antara warga komuniti Taman Chengal telah berkunjung ke Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menjual barangan kitar semula milik mereka.
 

​

Sebanyak 15.40 kg barangan kitar semula yang telah ditimbang dan sejumlah RM5.74 lebih telah diberikan kepada mereka. Terima kasih diucapkan.

bottom of page