
AZRUL 3R


Hijaukan Bumi Anda Dengan 3R !!!
Mukaddimah
Laman Web AZRUL 3R ini merupakan satu inovasi yang berfungsi sebagai saluran untuk memberikan pendedahan mengenai kempen 3R kepada masyarakat. Laman sesawang ini juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
Program 3R di Tabika Perpaduan Taman Mawar dan Taman Setia, Pendang
Program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di Tabika Perpaduan Taman Mawar dan Taman Setia, Pendang pada 30 Julai 2013.
Program 3R di SMK Ibrahim, Sungai Petani
Program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di SMK Ibrahim, Sungai Petani pada 1 Ogos 2013.
Kempen 3R negeri Kedah yang akan dipaparkan di dalam laman web ini ialah seperti berikut:
Informasi Kempen 3R di negeri Kedah
- Program Bank Kitar Semula di Sekolah dan Tadika
- Program Kitar Semula di Kompleks Pejabat Kerajaan
- Program Kitar Semula di Komuniti
- Program Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya
- Program Kitar Semula di dalam Aktiviti Komersial
- Program Kitar Semula di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan PPSPPA Kedah
- Program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura
Senarai Kempen 3R negeri Kedah 2013














Tujuan laman sesawang ini disediakan
- Sebagai salah satu kempen kesedaran awam mengenai 3R dan kebersihan alam sekitar.
- Kesukaran orang awam untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan program 3R.
- Kesukaran masyarakat untuk mencari lokasi vendor atau kedai barangan lusuh dan senarai harga setiap jenis barangan kitar semula.
- Promosi 3R yang tidak meluas.
- Sebagai langkah untuk mengurangkan penggunaan kertas dan risalah serta meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam berkempen mengenai 3R.