top of page

​​Berita dan Aktiviti Program Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya Giant Hypermarket, Sg Petani​

 

​Buat pertama kalinya pada tahun ini, pihak pengurusan PPSPPA Cawangan Sungai Petani dan Pasaraya Giant Hypermarket telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru pada 31 Mac 2013. Aktiviti kali ini yang akan dijalankan pada setiap bulan bertempat di lobi pasaraya berkenaan dan dibantu oleh syarikat vendor berhampiran.

​

Sebanyak 24.9 kg barangan kitar semula yang berjaya diperoleh dan hasil jualan sejumlah lebih kurang RM 5.00 telah diagih-agihkan kepada pihak pengunjung yang menyerahkan barangan kitar semula milik mereka kepada kaunter Drive-Thru PPSPPA.

bottom of page