
AZRUL 3R


Laman web ini merupakan satu inovasi daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Kedah . Ianya dibangunkan sebagai satu saluran yang berguna kepada masyarakat dalam menyampaikan kempen berkaitan 3R dan aktiviti kitar semula yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah sepanjang tahun 2013.
Pengenalan Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam
Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah merupakan bahagian yang mengendalikan kempen 3R di seluruh negeri Kedah. Pembangunan laman sesawang ini merupakan idea daripada Bahagian ini.
Pengenalan
Laman web ini bertujuan sebagai saluran untuk memberikan pendedahan mengenai kempen 3R kepada masyarakat. Laman sesawang ini juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
Misi Laman Sesawang
" Memastikan Negeri Kedah dan seterusnya Negara Malaysia Bersih, Sihat Dan Selamat "
Sebahagian misi PPSPPA Kedah
Blogspot Azrul 3R, Facebook Dan Twitter
Pembangunan laman sesawang ini adalah kesinambungan daripada kempen kesedaran awam yang dipaparkan melalui laman blogspot Azrul 3R, Facebook dan Twitter beliau. Alamat Blogspot beliau ialah http://azrul3r.blogspot.com/, facebook beliau ialah https://www.facebook.com/mohd.a.azmi.3 dan twitter beliau ialah https://twitter.com/AZRUL3R . Pembangunan laman sesawang ini memungkinkan kempen kesedaran awam yang lebih meluas dan tersusun.


En Mohd Azrul Bin Azmi merupakan auditor atau pentadbir laman sesawang ini. Beliau yang merupakan seorang jurutera, juga berperanan sebagai Pegawai Kitar Semula dan Kesedaran Awam, di Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah.
Pentadbir dan Pengurusan Laman Web
Pengenalan 3R
3R merujuk kepada singkatan untuk 3 kempen kebersihan utama iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula) yang mana wajib diterapkan dalam diri setiap masyarakat.
Reduce (Pengurangan)
Pengurangan sisa bermaksud mencegah, mengelakkan daripada atau mengurangkan pembuangan sisa atau sumber yang mana janaan sampah dapat dikurangkan. Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar.
Guna semula sisa bermaksud mempelbagaikan penggunaan bahan atau barangan yang tidak diperlukan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Hal ini juga dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.
Reuse (Guna Semula)
Recycle (Kitar Semula)
Kitar Semula sisa bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Pengenalan Laman Web
Pegawai Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam
