top of page
Antara program-program 3R yang dianjurkan oleh PPSPPA Kedah ialah seperti berikut

Program 3R PPSPPA Kedah

Bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kitar semula terutama generasi muda, program Bank Kitar Semula di Sekolah dan Tadika telah diperkenalkan oleh Perbadanan. Disamping itu, program ini juga dapat menggalakkan pelajar sekolah untuk menabung sambil mencintai alam sekitar.

Dengan menggunakan konsep yang sama seperti program Bank Kitar Semula, program Kitar Semula di Kompleks Pejabat Kerajaan telah dijalankan oleh pihak PPSPPA untuk menggalakkan pekerja-pekerja atau penjawat awam untuk mengamalkan kitar semula di pejabat.

Berkonsepkan Drive-Thru, pasaraya atau kompleks membeli belah merupakan lokasi paling sesuai untuk dibangunkan kaunter pembelian barangan lusuh untuk mengutip barangan kitar semula kerana menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Program yang sangat mendapat sambutan ini merupakan pendekatan yang terbaik dalam menjalankan program berkaitan disebabkan banyak sisa yang boleh dikitar semula terjana di komuniti.

Oleh kerana kuantiti sisa organik seperti sisa makanan di tapak pelupusan semakin meningkat, maka, program ini dijalankan di komuniti-komuniti seperti sekolah, penjara, institusi pengajian dan sebagainya

Program yang dijalankan secara tidak rasmi ini adalah berkonsepkan Drive-Thru yang mana pusat-pusat komersial seperti restoran, kedai serbaneka dan sebagainya, menjual barangan kitar semula milik mereka kepada PPSPPA

Sebagai peneraju kempen kesedaran awam, pihak PPSPPA hendaklah terlebih dahulu menjalankan kempen tersebut di peringkat dalaman.

bottom of page