top of page

Ceramah di SMK Jitra, Jitra

​

Pada 7 April 2013, satu aktiviti ceramah berkenaan Program Bank Kitar Semula dan Rawatan Sisa Organik Menggunkan Kaedah Pengkomposan Takakura telah disampaikan oleh Pegawai Kitar Semula, PPSPPA Kedah, En Mohd Azrul Bin Azmi di SMK Jitra, Jitra. Seramai lebih 200 orang murid dan 8 orang guru telah menghadiri sesi ceramah tersebut.

​

Aktiviti ceramah berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan kepada warga sekolah berkaitan dengan program anjuran pihak PPSPPA Kedah dan memberi ilmu pengetahuan tentang pengasingan sisa yang boleh dikitar semula dan rawatan sisa makanan dengan menghasilkan baja kompos. Satu set poster dan sebuah set Compost Chang  telah diberikan kepada pihak sekolah untuk menjayakan kempen berkenaan. Aktiviti kutipan barangan kitar semula dan pemantauan amalan kompos akan bermula pada bulan hadapan iaitu pada setiap bulan

Ceramah di Tabika Perpaduan Taman Sri Putra, Kuala Kedah

 

Sekolah Tabika Perpaduan Taman Sri Putra, Kuala Kedah merupakan sekolah tabika kedua yang menyertai Program 3R anjuran PPSPPA Kedah pada tahun 2013. Pada 8 April 2013, satu ceramah berkaitan dengan program Bank Kitar Semula telah disampaikan oleh Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk melancarkan kempen 3R di sekolah berkenaan. Segala jenis barangan kitar semula dan harga setiap jenis barang telah diberikan pendedahan kepada kanak-kanak yang merupakan murid-murid sekolah tersebut. Hal ini untuk menarik perhatian dan mengembangkan semangat mereka untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Ceramah ini sangat berkesan untuk mendidik generasi muda untuk mencintai alam sekitar.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMA Hidayah Islamiah​

​

Seperti biasa seperti bulan-bulan yang lepas, aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan sekali lagi di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Sungai Korok yang berdekatan dengan pekan Jitra. Aktiviti anjuran pihak pengurusan sekolah serta Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah ini telah mendapat kerjasama daripada pihak vendor terdekat. Sepanjang hari pada 9 April 2013 ini, sebanyak 54 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip di sekolah tersebut dan diasingkan mengikut jenis. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut telah diberikan kepada para pelajar yang menyertai program berkenaan.

Berita dan Aktiviti Program Bank Kitar Semula di Sekolah dan Tadika

​Ceramah di SMK Jabi

​

​

Pada 9 April 2013, satu ceramah berkaitan dengan Program Bank Kitar Semula di SMK Jabi telah dijalankan. Antara perkara-perkara yang diketengahkan ialah pengenalan PPSPPA, tujuan program dijalankan, konsep program, jenis-jenis barangan kitar semula dan juga harga barangan tersebut. Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kitar Semula Negeri Kedah ini dihadiri oleh keseluruhan pelajar sekolah berkenaan daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang bertempat di surau sekolah berkenaan. Aktiviti kutipan barangan kitar semula dicadangkan untuk dibuat pada hari ko-kurikulum sekolah tersebut. Terdapat beberapa inisiatif yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan seperti "Sangkar 3R" yang berperanan sebagai tong kitar semula "bergerak" yang  disediakan oleh kerjasama guru-guru dan para pelajar sekolah ini. Kewujudan sangkar 3R ini meningkatkan amalan kitar semula semua warga sekolah berkaitan dan ini menyebabkan pihak PPSPPA Kedah lebih teruja untuk menjalankan program 3R yang lain seperti contoh program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Insyaallah, aktiviti kutipan barangan kitar semula akan dijalankan di sekolah tersebut pada hujung bulan ini.

​

​​​

​Aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Agama Kedah

​

​Aktiviti kutipan di SMK Agama Kedah diteruskan pada 11 April 2013 selepas aktiviti yang sama dijalankan pada tahun  lepas. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, selaku Pegawai 3R PPSPPA Kedah. SMK Agama Kedah merupakan salah sebuah daripada 40 sekolah yang terlibat dalam program Bank Kitar Semula anjuran pihak PPSPPA Kedah yang sangat aktif dalam aktiviti kutipan barangan kitar semula ini. Aktiviti kutipan barangan kitar semula ini sedikit sebanyak memberi kesedaran di kalangan pelajar sekolah berkenaan dengan faedah mengitar semula sisa pepejal daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah. Sepanjang hari kutipan tersebut, sebanyak 132 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan dijual oleh pihak vendor yang dilantik bersamaan dengan RM38.15 hasil jualan barangan tersebut telah diagih-agihkan kepada para pelajar dan guru-guru yang menyertai aktiviti berkaitan.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Darul Aman

​

​Pihak pengurusan Pendidikan Khas, SMK Darul Aman telah menjalankan program 3R pada 3 April 2013. Program berkenaan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula yang mana kertas-kertas terpakai, botol-botol plastik terbuang, tin-tin minuman dan sebagainya telah dikumpul dan diasingkan mengikut jenis. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dan pihak vendor yang dilantik. Hasil kutipan barangan kitar semula adalah sebanyak 73 kg bersamaan dengan RM 32.40 telah disumbangkan oleh pihak vendor berkenaan kepada tabung Pendidikan Khas sekolah tersebut. Pihak PPSPPA berharap lebih banyak sekolah yang berminat dengan program 3R ini untuk membantu tabung Pendidikan Khas mana-mana sekolah yang memerlukan bantuan. Sambil menjana tabung tersebut, kebersihan sekolah akan sentiasa dikekalkan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Langgar

​

Buat kedua kalinya, pada bulan ini pihak pengurusan SMK Langgar sekali lagi memohon kepada pihak PPSPPA Kedah untuk menjalankan program 3R. Tarikh yang dipilih ialah pada 4 April 2013. Apabila kesemua jenis barangan kitar semula telah dikumpul dan diagihkan mengikut kelas dan individu, setiap barangan kitar semula tersebut pula diasingkan mengikut jenis dan kategori.

​

Dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar, guru-guru, staf-staf sokongan dan warga kerja sekolah berkenaan, sebanyak 1450.70 kg barangan kitar semula telah berjaya ditimbang oleh pihak vendor berdekatan. Sumbangan besar barangan kitar semula daripada pihak SMK Langgar ini berjaya menghasilkan jualan barangan kitar semula sebanyak RM 461.73. Ini merupakan aktiviti yang kedua kali selepas bulan lepas dan menjadikan sekolah ini antara sekolah menengah yang aktif di peringkat negeri dalam program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah. SMK Langgar juga kini merupakan sekolah yang mengumpul barangan kitar semula paling banyak berbanding sekolah lain di seluruh negeri Kedah.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Hutan Kampung

​

​Program 3R di SMK Hutan Kampung diteruskan lagi pada 10 April selepas program yang sama dijalankan pada bulan lepas. Program yang dimaksudkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah berkaitan bersama-sama pihak PPSPPA Kedah dan vendor yang dilantik. Hasil aktiviti tersebut ialah sebanyak 423.50 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak dan surat khabar terpakai serta botol-botol plastik yang dibawa oleh para pelajar dan guru yang terlibat. Sejumlah RM145.77 hasil jualan barangan kitar semula yang disampaikan oleh pihak vendor tersebut. Syabas kepada guru-guru dan pelajar yang aktif dalam mengendalikan aktiviti ini.​

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Seri Gedong, Sungai Petani.

​

Sekali lagi warga kerja PPSPPA Cawangan Sungai Petani telah mengambil inisiatif dengan menjalankan program 3R di SK Seri Gedong, Sungai Petani pada setiap bulan mulai bulan Mac 2013 dan kini pada 14 April 2013. Antara warga kerja PPSPPA yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal berkaitan aktiviti kutipan, penyediaan buku bank dan pemberian duit hasil jualan di sekolah berkenaan ialah En Muhamad Fadzley Bin Yaakop.

​

Sebanyak lebih kurang 56 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip, dikumpul dan diasingkan mengikut jenis dan kategori barangan yang mana penghantaran barangan kitar semula adalah secara individu dan secara kelas. Secara keseluruhannya, sejumlah RM15.68 hasil jualan barangan kitar semula telah dikembalikan kepada warga sekolah berkenaan yang menyertai program.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di 2 Buah Sekolah Aktif !!!!

​

​Disenaraikan antara 2 buah sekolah yang aktif dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah, SMK Seri Ampang dan Maktab Mahmud telah menjalankan aktiviti kutipan barangan  kitar semula pada hari yang sama pada 9 April 2013. Walaupun kuantiti barangan kitar semula yang dikutip tidak berapa banyak, tetapi kedua-dua buah sekolah ini konsisten dalam menjalankan program 3R iaitu mereka telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula ini pada setiap bulan berturut-turut. Kebanyakan barangan kitar semula yang dihimpun oleh murid-murid sekolah-sekolah ini pada kali ini adalah terdiri daripada kotak dan kertas yang terbuang. Kutipan barangan kitar semula di SMK Seri Ampang adalah sebanyak 529.7 kg bersamaan dengan RM 189.83 manakala kutipan di Maktab Mahmud pula mencecah 34 kg iaitu bersamaan dengan RM9.52.

​​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Mergong

​

Warga pelajar dan guru bagi Pendidikan Khas telah menjalankan program 3R pada 18 April 2013 untuk menabung dana Pendidikan Khas SMK Mergong. Kali ini, sebanyak 7.5 kg barangan kitar semula yang dikumpul oleh para pelajar dan berjaya dijual sejumlah RM 10.00 lebih dan dimasukkan ke dalam tabung Pendidikan Khas sekolah berkenaan.

​Aktiviti Ceramah Program Bank Kitar Semula di SMK Pekula Jaya, Sg Petani

​

​Satu program 3R telah dijalankan di SMK Pekula Jaya, Sungai Petani pada 14 April 2013. Pengisian program berkenaan ialah aktiviti ceramah Program Bank Kitar Semula oleh PPSPPA Kedah cawangan Sungai Petani yang diwakili oleh Pengurus Cawangan Sungai Petani, Pn Noorasikin Binti Mohamad. Laporan program 3R ini telah disediakan oleh En Muhamad Fadzley Bin Yaakop. Penerimaan warga sekolah terhadap kempen 3R anjuran PPSPPA Kedah ini adalah sangat menggalakkan yang mana sekiranya mereka memulakan kempen ini pada bulan hadapan, sekolah ini adalah merupakan sekolah pertama di Sungai Petani. Selain ceramah berkaitan dengan program Bank Kitar Semula, Pn Noorasikin juga menyelitkan ceramah berkenaan dengan Program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Ternyata, pihak pengurusan sekolah terutama murid-murid sangat meminati program pengkomposan tersebut dan ingin mengurangkan sisa makanan daripada terjana untuk dijadikan baja organik.

​Ceramah di SMK Simpang Kuala, Alor Setar

​

​Para pelajar subjek Pendidikan Moral, SMK Simpang Kuala sangat berminat untuk mempelajari ilmu berkaitan 3R dan guru mata pelajaran berkenaan telah menghubungi Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Sehubungan itu, pada 3 April 2013, satu ceramah ringkas berkaitan dengan program Bank Kitar Semula dan juga program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura telah diberikan kepada para pelajar berkenaan.Sejurus tamat ceramah berkaitan, semua pelajar subjek berkenaan amat bersemangat untuk memulakan program 3R anjuran PPSPPA Kedah ini. Aktiviti kutipan barangan kitar semula mungkin menjadi aktiviti major sekolah berkenaan untuk tujuan pembersihan kawasan sekitar sekolah. Selain itu, aktiviti pengkomposan juga akan dijalankan di sekolah berkenaan untuk mengurangkan pembuangan sisa makanan dan seterusnya menghasilkan baja organik untuk tujuan lanskap sekolah. Oleh yang demikian, pihak PPSPPA Kedah telah menyumbangkan beberapa poster kempen 3R dan sebuah set Compost Chang atau Compost Kit untuk diimplementasikan oleh warga sekolah berkenaan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Hutan Kampung

​

Sempena persiapan menjelang musim cuti sekolah yang akan bermula pada 22 Mac 2013 nanti, pihak SMK Hutan Kampung telah mengadakan satu program 3R pada 19 Mac 2013 untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Pihak pengurusan sekolah mendapat kerjasama daripada pihak guru, pelajar, pekerja am, pekerja kantin dan juga pihak PPSPPA Kedah yang dibantu oleh pihak vendor berhampiran.

​

Sebanyak 134 kg barangan kitar semula yang berjaya diperoleh dan ditimbang oleh pihak vendor dan sejumlah  RM 47.64 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk diagihkan kepada setiap warga sekolah yang menyertai program berkenaan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Mergong

​

Warga SMK Mergong bagi Mata pelajaran Pendidikan Khas sekali lagi menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 18 Mac 2013 untuk menjana tabung Pendidikan Khas. Kali ini, sebanyak 88.1 kg barangan kitar semula telah dijual kepada vendor berhampiran untuk mendapatkan sejumlah RM 40.36.
Kerjasama yang erat telah diberikan di kalangan pelajar mata pelajaran berkenaan dan juga guru mereka, Cikgu Jaslin.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Seri Gedong

​

Warga kerja PPSPPA Cawangan Sungai Petani tidak ketinggalan dalam aktiviti kitar semula mereka yang mana mereka telah mengambil inisiatif dengan menjalankan program 3R di SK Seri Gedong, Sungai Petani pada setiap bulan mulai bulan Mac 2013. Antara warga kerja PPSPPA yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal berkaitan aktiviti kutipan, penyediaan buku bank dan pemberian duit hasil jualan di sekolah berkenaan ialah En Muhamad Fadzley Bin Yaakop. Sehubungan itu, aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah tersebut dilaksanakan dengan jayanya pada 14 Mac 2013.

​

Sebanyak 45 kg barangan kitar semula seperti kertas yang kebanyakkannya surat khabar lama telah dijual semuanya oleh pihak pengurusan sekolah yang dibantu oleh para pelajar sekolah berkenaan dan sejumlah RM 12.60 telah diagihkan sama rata kepada mereka sebagai ganjaran daripada bantuan tersebut. Ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan amalan kitar semula untuk menjana pendapatan.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Tabika Bestari Al-Umairah

​

​Program 3R diteruskan di Tabika Bestari Al-Humairah di Taman Mahkota, Alor Setar untuk menggalakkan murid-murid sekolah tabika yang terdiri daripada kanak-kanak ini mengamalkan kitar semula dan tidak membuang sampah merata-rata. Selepas aktiviti pertama mereka pada Januari 2013, kali ini pada 10 Mac 2013, banyak barangan kitar semula yang telah diasingkan dan dikumpul oleh kanak-kanak sekolah berkenaan untuk dikitar semula. Kerjasama daripada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah diberikan dengan bantuan vendor terdekat. Sebanyak 38 kg barangan kitar semula yang berjaya ditimbang dan dijual dan sejumlah  RM 10.60 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagih-agihkan kepada murid yang menyertai aktiviti berkenaan.

 

 

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di 3 Buah Sekolah Serentak !!!!!

​

Tiga buah sekolah telah menjalankan Program 3R bersama-sama dengan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada 6 Mac 2013. Ini berikutan dengan sambutan yang menggalakkan di kalangan para pelajar dan guru-guru bagi ketiga-tiga sekolah berkenaan dengan kempen kitar semula yang mampu dijadikan aktiviti kokurikulum bagi membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Antara sekolah-sekolah yang menjalankan program 3R ini ialah SMK Darul Aman, SMK Seri Ampang dan Maktab Mahmud yang terletak di sekitar Alor Setar. Dengan bantuan vendor berhampiran, aktiviti ini dapat dijayakan dengan sempurna. Berikut merupakan antara laporan aktiviti-aktiviti tersebut:

​

SMK Darul Aman (Kutipan Barangan Kitar Semula = 156 kg / RM 61.30)

​

SMK Seri Ampang (Kutipan Barangan Kitar Semula =  448.50 kg / RM 149.77)

​

Maktab Mahmud (Kutipan Barangan Kitar Semula = 20.00 kg / RM 5.60)

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Langgar

​

SMK Langgar yang merupakan sekolah yang mengumpul jumlah kutipan barangan kitar semula tertinggi sepanjang tahun 2012 telah memulakan kempen 3R dengan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 5 Mac 2013. Aktiviti tersebut telah mendapat perhatian semua pihak termasuk guru, murid, staf-staf sokongan, pembantu makmal, pekerja am, pekerja kantin dan pengawal keselamatan dalam memastikan kebersihan kawasan sekolah dikekalkan. Seperti biasa, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah mendapat kerjasama vendor berhampiran bagi menjayakan program 3R ini.

​

Setelah selesai aktiviti tersebut, sebanyak 1.25 tan barangan kitar semula diperoleh dan sejumlah RM400.00 lebih telah diagih-agihkan kepada para peserta yang terlibat dalam aktiviti berkaitan. Syabas diucapkan kepada mereka. Aktiviti kitar semula berikutnya adalah pada 4 April 2013.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Putat

​

​​Buat pertama kalinya, SK Putat telah mengadakan program 3R pada tahun ini mulai 26 Februari 2013 untuk sama-sama membersihkan kawasan sekolah berkenaan. Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menguruskan program berkenaan dan menggunakan vendor berhampiran. Antara barangan kitar semula yang telah diperoleh ialah kertas, botol plastik, tin aluminium, tin-tin susu dan besi. Kesemua barangan tersebut telah diasingkan mengikut jenis, dan ditimbang sebelum dimasukkan ke dalam lori vendor. Pihak vendor telah memberikan hasil jualan sebanyak RM56.80 berdasarkan kuantiti berat barangan tersebut iaitu sebanyak 175.70 kg.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Mergong

​

Pihak pengurusan Pendidikan Khas, SMK Mergong telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 25 Februari 2013 untuk membersihkan kawasan sekolah sambil menjana tabung dana pendidikan khas sekolah berkenaan. Program 3R yang dijalankan bersama-sama pihak PPSPPA Kedah yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam serta pihak vendor yang berhampiran, telah melibatkan hampir 20 orang pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan. Di samping itu, pihak warga kerja sokongan sekolah tersebut juga turut terlibat menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Jabi

​

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Jabi pada 1 Mei 2013. Aktiviti yang telah dipohon oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan dijalankan dengan jayanya di dataran perhimpunan sekolah tersebut dan dihadiri oleh hampir kesemua pelajar sekolah berkenaan. Aktiviti ini juga merupakan satu sekuel kepada ceramah program 3R yang telah disampaikan kepada mereka oleh pihak PPSPPA pada 9 April 2013. Penglibatan guru-guru juga meningkatkan semangat kitar semula di kalangan warga sekolah tersebut yang menyokong amalan 3R yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA Kedah.

​

Sepanjang hari kutipan di sekolah tersebut, sebanyak lebih kurang 830.5 kg kertas terpakai, 326 kertas cetakan hitam putih, 55 kg botol-botol plastik yang tidak digunakan, 26.5 kg tin-tin kosong, 1 kg aluminium, dan 14 kg besi-besi buruk yang berjaya ditimbang dan diasingkan seterusnya dijual kepada pihak vendor. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut adalah sebanyak RM 405.89 telah diberikan kepada pihak sekolah terbabit.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Hutan Kampung

​

Buat kali kelima penglibatan SMK Hutan Kampung dalam program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah sangat menggalakkan apabila satu aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan pada 7 Mei 2013. Kali ini, sebanyak 150 kg kertas terpakai dan kotak-kotak terbuang, 35 kg botol-botol plastik dan 10 kg tin-tin susu dan tin penyembur yang tidak digunakan telah ditimbang dan dijual oleh pihak warga sekolah yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru pada hari tersebut. Dengan bantuan vendor berdekatan, sejumlah RM 69.50 telah disumbangkan kepada pihak sekolah terbabit untuk dibahagikan kepada warga sekolah yang telah menghantar barangan kitar semula mereka.

​Ceramah Program Bank Kitar Semula dan Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar

​

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar telah menjemput wakil daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada 7 Mei 2013 untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan PPSPPA dan Kempen Kitar Semula menyedarkan warga sekolah khususnya para pelajar untuk menjaga kebersihan sekolah. Penceramah daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah iaitu En Mohd Azrul Bin Azmi telah menyampaikan ceramah berkenaan yang berdurasi selama 2 jam.

​

Ceramah sebegini dapat memberikan pendedahan yang lebih teliti dan meluas berkenaan dengan cara-cara menjaga kebersihan kawasan sekolah selain menyelamatkan bumi kita daripada terdedah dengan pencemaran. Selain menyampaikan ceramah berkaitan dengan kempen 3R dan kitar semula, En Azrul juga menyelitkan ceramah beliau dengan taklimat ringkas mengenai Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Selepas selesai sesi soal jawab bersama para pelajar dan guru-guru, cenderahati berupa satu set Compost Chang  telah diberikan oleh pihak PPSPPA Kedah kepada pihak pengurusan sekolah untuk membantu mengurangkan kadar janaan sisa makanan di sekolah berkenaan sambil menyediakan baja organik yang bersifat mesra alam.

​Bengkel Penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar

​

Pihak PPSPPA telah mengadakan satu bengkel kepada guru-guru sekolah mengenah dan rendah yang terpilih di sekitar negeri Kedah dan Perlis mengenai modul penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar yang dirancangkan pada tahun 2013. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA ini bertempat di Hotel Holiday Villa, Alor Setar pada 20 hingga 22 Mei 2013 dan dihadiri seramai lebih kurang 40 orang guru yang terpilih daripada sekolah-sekolah di zon utara iaitu negeri Kedah dan Perlis. Bengkel ini juga telah dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, En Mohd Anuar dan wakil daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Cikgu Johari yang merupakan Guru Penolong Kanan SMK Agama Kedah. Selepas perasmian bengkel oleh Pengarah PPSPPA Kedah selaku tuan rumah, modul pengajaran tentang penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar ini telah dimulakan.

​

Antara pengisian modul tersebut ialah penubuhan kelab, penerapan konsep 3R dalam aktiviti kelab, rawatan sisa makanan menggunakan kaedah pengkomposan Takakura, dan beberapa aktiviti luar yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah. Insyaallah dengan penubuhan kelab ini akan meningkatkan kadar kitar semula  dan kebersihan alam sekitar di kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

​Aktiviti Pemberian Sijil Penyertaan dan Cenderahati Penglibatan Program 3R

​

​Oleh kerana penglibatan yang aktif secara individu dan kutipan yang tertinggi barangan kitar semula sepanjang program 3R yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Kedah, para pelajar sekolah menengah, rendah dan tadika terpilih telah menerima sijil penyertaan dan cenderahati berupa wang tunai daripada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Aktiviti pemberian sijil dan cenderahati pada 25 Februari 2013 itu, melibatkan 4 orang murid tadika dan 3 orang pelajar sekolah menengah daripada 30 orang. Antara murid sekolah yang bertuah untuk mendapat penghargaan ini ialah daripada SMK Seri Ampang, Sekolah Tabika Perpaduan Alor Malai, dan Sekolah Tabika KEMAS Seberang Kota, Tmn Kota Nelayan. Pemberian sijil dan cenderahati ini akan menggalakkan lagi pihak pengurusan sekolah, murid-murid dan masyarakat luar untuk mengamalkan gaya hidup kitar semula pada masa akan datang. Aktiviti pemberian sijil dan cenderahati ini akan disambung lagi pada tarikh yang lain untuk 22 orang murid dan pelajar lagi memandangkan aktiviti tersebut melibatkan tempoh masa yang agak terhad.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Hutan Kampung

​

Guru SMK Hutan Kampung, Cikgu Zuliza sememangnya seorang guru yang sangat aktif dalam menjalankan program 3R di sekolah ini iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula. Pendekatan beliau yang mementingkan kebersihan sekolah telah membawa PPSPPA Kedah untuk bekerjasama menganjurkan aktiviti kutipan barangan kitar semula yang pertama di awal tahun ini. Oleh itu, pada 30 Januari 2013, aktiviti tersebut berlangsung dengan jayanya.

​

SMK Hutan Kampung yang memilik stor penyimpanan barang, membantu dari segi pusat pengumpulan barangan kitar semula yang dibawa oleh para pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan pada setiap hari. Hal ini berikutan dengan ketiadaan tong kitar semula untuk menyimpan barangan tersebut.

​

Sebagai hasil aktiviti tersebut, sebanyak 800 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip, dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor berhampiran dan sejumlah RM 200.00 lebih hasil jualan diagih-agihkan kepada warga sekolah yang terlibat.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Tabika Bestari Al-Umairah

 

Tabika Bestari Al-Umairah, Alor Setar merupakan tabika pertama yang menyertai program Bank Kitar Semula di Tabika pada tahun 2013. Tabika yang merangkumi lebih kurang 30 orang murid ini telah memohon secara rasmi berkenaan dengan penganjuran program tersebut secara bulanan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan tabika. Di samping itu, program berkenaan juga diharap dapat mendidik kanak-kanak untuk membersihkan alam sekitar selain menjana pendapatan.

​

Dengan inisiatif pihak PPSPPA Kedah dan juga guru sekolah tabika tersebut, pada 22 Januari 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula diadakan di sekolah berkenaan. Hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid menyebabkan sebanyak 29 kg lebih bersamaan dengan RM8.00 lebih telah diberikan kepada warga yang terlibat.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di 3 Buah Sekolah Sekitar Alor Setar​

​

Pada 21 Januari 2013, sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai program 3R anjuran PPSPPA Kedah iaitu SMK Agama Kedah dan SK Taman Uda, di Alor Setar serta SK Padang Pekan di Jitra. Penglibatan kesemua sekolah ini membuktikan sokongan pihak pengurusan sekolah termasuklah para guru dan pelajar terhadap kempen kitar semula yang dianjurkan pihak PPSPPA Kedah. Selain itu, aktiviti kutipan barangan kitar semula ini juga mendapat perhatian umum seperti pengusaha kantin, pengawal keselamatan, guru besar, pengetua sekolah dan orang awam.

 

KUTIPAN DI SMK AGAMA KEDAH (435 KG = RM 126.15)

​

KUTIPAN DI SK TAMAN UDA (31 KG = RM 7.75)

​

KUTIPAN DI SK  PADANG PEKAN (219 KG = RM 55.00)

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMA Hidayah Islamiah

​

SMA Hidayah Islamiah merupakan sekolah menengah agama terawal di negeri Kedah khususnya daerah Sungai Korok yang berminat dengan program 3R anjuran PPSPPA Kedah. Aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah tersebut telah dijalankan pada 8 dan 29 Januari 2013. Sebanyak 315.50 kg barangan kitar semula bersamaan dengan RM 90.00 lebih telah terkumpul di sekolah berkenaan sepanjang bulan Januari 2013.

​

Sekolah berkenaan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan tong-tong kitar semula untuk memudahkan para pelajar dan warga sekolah mengumpulkan barangan kitar semula.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Maktab Mahmud

​

Hari kedua pada awal tahun ini sekali lagi dimeriahkan dengan 3 program 3R yang dijalankan di sekitar Alor Setar iaitu dimulakan dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Maktab Mahmud, Jalan Pegawai. Sebanyak 350 kg lebih barangan kitar semula telah dikutip oleh pihak vendor berhampiran yang bersamaan dengan RM 100.00 lebih telah diberikan kepada setiap pelajar yang terlibat.

​Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Mergong

​

​Pada awal bulan Januari 2013, sambutan tahun baru dimeriahkan dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula di 3 lokasi iaitu di sebuah sekolah di Alor Setar dan 2 komuniti di Jitra dan Alor Setar masing-masing. Lokasi-lokasi berkenaan ialah SMK Mergong, Mergong, komuniti Taman Tunku Sarina, Jitra dan Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. SMK Mergong merupakan sekolah pertama di Negeri Kedah yang menjalankan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Negeri Kedah dan juga vendor terdekat. Sebanyak 87 kg barangan kitar semula yang berjaya diperoleh di sekolah berkenaan. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut adalah sebanyak hampir RM 25.00.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Pedu

 

SK Pedu sekali lagi menjalankan program 3R bersama-sama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah setelah aktiviti pertama mereka pada bulan Mei 2013 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pada 9 Jun 2013, aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah berkenaan dihangatkan dengan pengumpulan barangan kitar semula yang tidak kurang hebatnya apabila guru penyelaras program dan guru besar sekolah berkenaan bersetuju untuk mewujudkan satu ruang penyimpanan khas barangan kitar semula yang dibawa oleh murid-murid dan warga sekolah tersebut.

 

Kutipan kali ini mencapai sehingga 533 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada 474 kg kertas warna dan kotak terpakai, 36.5 kg botol-botol plastik terbuang, 8 kg tin aluminium dan 14.5 kg tin-tin susu. Sebagai hasil jualan, sejumlah RM186.62 telah diagihkan kepada warga sekolah yang terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Agama Kedah

 

Seperti SK Pedu, pihak SMK Agama Kedah juga tidak putus-putus mengadakan program 3R yang mana aktiviti kutipan barangan kitar semula turut diadakan pada bulan Jun 2013 sehari selepas program yang sama di SK Pedu. Program di sekolah berkenaan kali ini adalah merupakan aktiviti yang keenam berturut-turut dijalankan pada setiap bulan. Aktiviti kutipan barangan kitar semula yang diadakan pada 10 Jun 2013 ini dihadiri oleh sebilangan besar pelajar sekolah berkenaan yang mana jumlah kutipan barangan kitar semula turut bertambah berbanding bulan sebelumnya.

 

Program 3R ini juga menjadi satu batu loncatan bagi pihak PPSPPA Kedah untuk mempromosikan program Larian Jom! Kitar Semula 2013 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Hasil kutipan barangan kitar semula sepanjang hari tersebut adalah sebanyak 685 kg yang mana kebanyakannya adalah merupakan kertas cetakan hitam putih. Sejumlah RM218.47 telah diberikan oleh pihak vendor untuk diagihkan kepada warga sekolah yang terlibat.

 

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula Semula di SMK Mergong

 

 

Pada 11 Jun 2013, pihak SMK Mergong telah menghubungi pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menganjurkan program 3R di sekolah berkenaan untuk membantu membersihkan kawasan sekolah. Seramai 20 orang warga sekolah yang kebanyakannya pelajar subjek Pendidikan Khas telah bekerjasama membersihkan kawasan sekolah dengan mengamalkan konsep kitar semula. Konsep kitar semula yang dimaksudkan ialah mengumpul dan mengasingkan barangan kitar semula mengikut jenis. Dengan bantuan vendor berhampiran, sebanyak 414 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan ditimbang dan sejumlah RM194.68 telah disumbangkan ke dalam tabung Pendidikan Khas bagi membantu kebajikan para pelajar terbabit.

Aktiviti Ceramah Program Bank Kitar Semula di SMK Muadzam Shah dan Perasmian Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar

 

Selepas bengkel TOT Penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar sekolah-sekolah di Zon Utara pada bulan Mei 2013 yang lalu, terdapat beberapa buah sekolah di sekitar negeri Kedah yang berminat untuk menubuhkan kelab berkenaan. Antara sekolah yang berminat termasuklah SMK Muadzam Shah yang ingin mengadakan majlis rasmi penubuhan kelab tersebut pada 11 Jun 2013. Pada hari yang sama juga, pihak sekolah turut menjemput wakil daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menyampaikan taklimat ringkas berkenaan dengan Program Bank Kitar Semula dan sama-sama terlibat dalam majlis perasmian tersebut.

 

 

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Jabi

 

SMK Jabi telah mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 12 Jun 2013 bersama-sama pihak PPSPPA Kedah dan juga vendor berhampiran. Program 3R buat kali kedua diadakan di sekolah berkenaan telah melibatkan hampir separuh daripada kesemua pelajar sekolah serta guru-guru. Selain itu, pelajar Pendidikan Khas turut sama membersihkan kawasan sekolah dengan menggunakan konsep pengasingan sisa dan kitar semula. Sebanyak 462 kg barangan kitar semula yang berjaya dihimpun dan diasingkan mengikut kelas dan individu yang telah dihantar sepanjan hari tersebut. Kesemua barangan tersebut telah ditimbang mengikut jenis dan proses jualan telah diuruskan oleh pihak vendor yang berkaitan. Hasilnya sejumlah RM170.67 telah diagihkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti kebersihan yang dianjurkan oleh PPSPPA dan pihak sekolah ini.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Seri Ampang

 

Selepas menjalankan program 3R di SMK Jabi, pihak PPSPPA Kedah pun menyambung tugas melaksanakan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada hari yang sama di SMK Seri Ampang pula. Aktiviti ini yang merupakan kali ke-4 diadakan, mendapat sabutan yang memberangsangkan khususnya di kalangan para pelajar sekolah berkenaan. Mana tidaknya, sebanyak lebih 421.4 kg barangan kitar semula yang berjaya dihimpun oleh kebanyakan pelajar sekolah berkenaan pada hari tersebut. Guru penyelaras program juga menyatakan bahawa kutipan yang tinggi ini adalah hasil usaha warga sekolah yang tidak putus-putus menyimpan barangan kitar semula milik mereka bagi membersihkan kawasan sekolah. Hasilnya, sejumlah RM141.37 telah diagihkan kepada warga sekolah yang terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Kepala Batas

 

Buat pertama kalinya dalam tahun 2013, pihak SMK Kepala Batas telah menjemput pihak PPSPPA Kedah untuk menganjurkan program 3R di sekolah berkenaan sejak pertukaran Pengetua dan Guru Penyelaras Program yang baru. Hal ini menunjukkan kesedaran awam oleh warga sekolah terhadap program 3R anjuran PPSPPA Kedah semakin meningkat walaupun pengurusan aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah tersebut bertukar tangan.

 

Oleh yang demikian, pada 13 Jun 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di SMK Kepala Batas yang diusahasama oleh pihak vendor yang berhampiran. Ternyata, sambutan aktiviti ini amat menggalakkan berikutan dengan tempoh rehat yang sangat panjang daripada menjalankan aktiviti tersebut pada tahun lepas. Sepanjang hari itu, sebanyak 1 tan lebih barangan kitar semula yang dikumpul oleh kesemua warga sekolah berkenaan termasuklah pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Pengetua sekolah sangat terpegun dan bangga dengan komitmen warga sekolah yang tidak mudah penat mengumpul dan mengasingkan barangan kitar semula milik mereka. Hasilnya, sejumlah RM339.68 telah diberikan kepada pihak sekolah untuk mengagihkan duit hasil jualan barangan kitar semula tersebut kepada pihak yang terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Putat, Kodiang

 

Pada 18 Jun 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan di SK Putat, Kodiang. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah ini dibantu oleh pihak vendor yang berhampiran.

 

Program 3R di sekolah ini merupakan aktiviti ketiga kali dijalankan selepas bulan Februari dan Mac 2013. Hampir kesemua murid sekolah yang terdiri daripada kanak-kanak telah membanjiri kawasan perhimpunan sekolah bersama dengan barangan kitar semula masing-masing bagi menyokong kempen 3R tersebut. Pihak vendor telah menimbang setiap barangan yang dibawa oleh warga sekolah berkenaan dan menyatakan bahawa sebanyak 334.5 kg barangan kitar semula yang berjaya ditimbang. Sejumlah RM116.78 telah diberikan kepada guru penyelaras program untuk diberikan kepada warga sekolah yang turut serta dalam aktiviti berkaitan.

Aktiviti Ceramah Program Bank Kitar Semula di Pusat Pendidikan Al-Azhar, Jitra

 

Program 3R pertama kali diadakan di Pusat Pendidikan Al-Azhar, Jitra yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Kedah pada 19 Jun 2013. Pusat Pendidikan Al-Azhar ini adalah kombinasi SMK Al-Azhar, SK Al-Azhar, dan Tadika Pra-Tahfiz Al-Azhar. Pada hari itu, hampir kesemua pelajar pusat pendidikan tersebut turun ke masjid sekolah berkenaan. Sebagai permulaan, antara pengisian program ialah aktiviti ceramah bagi Program Bank Kitar Semula yang disampaikan oleh pihak PPSPPA Kedah di Masjid tersebut. Para pelajar diberi pendedahan mengenai perkhidmatan PPSPPA, kempen 3R anjuran PPSPPA, Program Bank Kitar Semula di sekolah-sekolah dan jenis-jenis serta harga barangan kitar semula yang sering dipungut oleh pihak vendor terdekat. Ternyata, warga pusat pendidikan tersebut begitu teruja dengan ceramah yang diberikan dan bersemangat untuk memulakan aktiviti pengumpulan dan pengasingan barangan kitar semula di sekolah mereka. Insyaallah, aktiviti kutipan barangan kitar semula akan diadakan di pusat pendidikan tersebut tidak lama lagi.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Hutan Kampung

 

Guru Penyelaras program 3R SMK Hutan Kampung telah menelefon pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah untuk mengadakan program 3R pada 20 Jun 2013. Oleh yang demikian, aktiviti kutipan barangan kitar semula pun diadakan di perkarangan sekolah tersebut. Walaupun barangan kitar semula tidak berapa banyak, namun pihak PPSPPA yang dibantu oleh pihak vendor terdekat berusaha sedaya upaya untuk membersihkan kawasan sekolah berkaitan. Tambahan pula, kerjasama daripada para pelajar serta guru-guru menyebabkan sebanyak 374 kg barangan kitar semula telahpun dikumpul dan ditimbang dengan sempurna. Hasil kutipan barangan kitar semula pada hari tersebut ialah sejumlah RM132.18.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Mergong

 

Pada 1 Julai 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Mergong telah dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah dengan kerjasama pihak vendor berhampiran. Salah satu aktiviti utama para pelajar Pendidikan Khas ini merupakan satu sokongan kepada kempen 3R yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA Kedah. Pada hari itu sahaja, sebanyak 154 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada 37 kg kertas cetakan hitam putih, 70 kg surat khabar, 38 kg botol-botol plastik, 3 kg tin-tin aluminium, dan 6 kg tin susu telah dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor. Hasil kutipan barangan kitar semula ini telah dijual dan menyumbangkan sejumlah RM69.95 kepada para pelajar yang telah terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Hutan Kampung

 

Pada 2 Julai 2013, pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, pihak SMK Hutan Kampung telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula bersama-sama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah serta pihak vendor yang berdekatan. Sebanyak 130 kg kertas cetakan hitam putih, 335.5 kg surat khabar, 74.5 kg botol-botol plastik terpakai, 3 kg tin-tin aluminium, dan 4.5 kg tin-tin susu yang tidak digunakan telah dikumpul oleh para pelajar, guru-guru dan juga staf-staf sokongan sekolah tersebut. Ini menyebabkan sebanyak 547.5 kg barangan kitar semula secara keseluruhannya bersamaan dengan RM201.94 telah diagih-agihkan kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam program ini. Syabas diucapkan kepada mereka yang perihatin dengan masa depan alam sekitar kita.

 

 

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Putat

 

Selepas aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 18 Jun 2013 yang lepas, kali ini sekali lagi, pihak SK Putat menjalankan program 3R yang sama untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah

 

 

Berbanding kutipan pada bulan lepas, kali ini sebanyak 57.5 kg kertas cetakan hitam putih, 50.5kg kertas berwarna dan majalah, 53kg surat khabar, 43.5kg kotak-kotak terpakai dan kulit buku, 28.5 botol-botol plastik, 2.5kg tin-tin susu dan sebuah peti sejuk yang tidak digunakan lagi telah dijual kepada pihak vendor yang dilantik. Hasil kutipan kali ini adalah sebanyak 285.5 kg bersamaan dengan RM116.99 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada para pelajar seterusnya guru-guru dan staf sokongan yang telah terlibat. Alhamdulillah, program 3R anjuran PPSPPA Kedah telah melibatkan semua lapisan masyarakat daripada golongan kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMA Hidayah Islamiah

 

Selepas sebulan tidak menjalankan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah, pada 7 Julai 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan oleh para pelajar SMA Hidayah Islamiah, Sungai Korok bersama-sama pihak PPSPPA Kedah dan juga vendor berhampiran.

 

Kutipan kali ini adalah sebanyak 105 kg bersamaan dengan RM33.18. Hampir keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik di kalangan warga sekolah memandangkan aktiviti dijalankan pada waktu pembelajaran. Selain itu, kerjasama daripada pihak pelajar dan guru penyelaras program menjayakan aktiviti yang dijalankan secara bulanan itu. Apa yang lebih memeriahkan aktiviti ialah warga kerja kantin sekolah juga turut memberikan sumbangan barangan kitar semula milik mereka. Tahniah diucapkan.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Pedu

 

Pihak pengurusan dan pelajar SK Pedu menjalankan program 3R kali ketiga pada bulan Julai 2013 ini bertarikh 8 Julai 2013 bertempat di tapak perhimpunan sekolah berkenaan. Akibat daripada hujan lebat pada pagi Isnin tersebut, kesemua barang kitar semula yang dihimpun oleh para pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan terpaksa dialihkan ke kantin sekolah. Dengan bantuan vendor berhampiran, aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan.

 

Sejumlah RM265.36 hasil daripada jualan barangan kitar semula sebanyak 837 kg yang diperoleh daripada sumbangan warga sekolah berkenaan. Barangan kitar semula yang dihimpun kebanyakkannya ialah kotak-kotak terpakai, menyebabkan kutipan barangan kitar semula memenuhi ruang lori 3R yang disediakan oleh pihak vendor.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Langgar

 

Sekolah tradisi dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah, SMK Langgar telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula kali kelimanya pada 9 Julai 2013. Aktiviti yang dijalankan secara besar-besaran ini bagaikan satu pesta yang mana para pelajar sekolah berkenaan tidak putus-putus membawa turun barangan kitar semula daripada kelas mereka yang berada di bangunan 3 tingkat. Sambutan yang sangat menggalakkan ini menyebabkan warga Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah dan juga pihak vendor merasa terhibur dengan karenah dan riuh rendah warga sekolah berkenaan. Telatah para guru dan staf-staf sekolah juga tidak kurang hebatnya. Mereka asyik sibuk memarahi pelajar yang buat-buat nakal tetapi baik hati sebenarnya.

 

Alhamdulillah, aktiviti kutipan mengambil masa selama 3 jam dan sebanyak 1 tan telah dikutip, dikumpul, diasingkan mengikut jenis dan ditimbang oleh pihak vendor. Sebagai hasil jualan, sejumlah RM340.27 telah diberikan kepada guru penyelaras program untuk diagihkan kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam program berkenaan. Aktiviti ini telah memberi kesan kepada kebersihan sekolah berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Simpang Kuala

 

Merupakan antara sekolah yang junior atau sekolah baru yang menyertai program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah pada tahun 2013. SMK Simpang Kuala telah menyertai program 3R anjuran Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah iaitu aktiviti Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah daripada janaan sisa makanan. Daripada pembabitan warga sekolah khususnya para pelajar dalam aktiviti berkenaan, tercetuslah pula idea mereka untuk menyertai aktiviti mengumpul dan mengasingkan sisa atau barangan yang boleh dikitar semula yang juga merupakan objektif mereka dalam membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

 

Didapati sepanjang hari aktiviti kutipan dijalankan oleh sebahagian warga sekolah dan pihak vendor yang berdekatan, berjaya mengumpul sebanyak 403 kg bersamaan dengan RM132.87. Jumlah hasil jualan barangan kitar semula tersebut telah diagihkan kepada semua warga sekolah yang terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Kepala Batas

 

Selepas aktiviti pertama kali mereka pada bulan Jun 2013 dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah, pada bulan Julai, pihak SMK Kepala Batas sekali lagi mengadakan program yang sama untuk membersihkan kawasan sekolah mereka. Cuma kelainan kali ini, penglibatan adalah 100% terdiri daripada para pelajar dan aktiviti kutipan barangan kitar semula tersebut diperhatikan oleh cikgu penyelaras program yang terlibat. Aktiviti berkaitan dijalankan di dalam kelas oleh sebab kelas tersebut telah diperuntukkan khas sebagai pusat pengumpulan barangan kitar semula yang diarahkan oleh Pengetua sekolah berkenaan.

 

Dengan bantuan vendor berdekatan, sebanyak 762 kg barangan kitar semula yang kebanyakkannya kotak dan kulit buku telah dikutip dan ditimbang. Konsep 3R yang dipraktikkan ialah pengasingan sisa di sumber yang mana isi buku dan kulit buku telah diasingkan awal-awal semasa pelajar berada di kelas lagi. Hasil jualan barangan kitar semula pada hari tersebut adalah sebanyak RM278.63 dan diagih-agihkan kepada pelajar yang terlibat.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Jabi

 

Aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Jabi diteruskan buat kali ketiga berturut-turut pada setiap bulan bermula pada bulan Mei 2013 hingga kini. Pada 15 Julai 2013, 2 program 3R telah dijalankan di sekolah berkenaan bagi memastikan kebersihan sekolah tersebut terjamin. Pada sesi pagi, aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di perkarangan tapak perhimpunan sekolah berkenaan yang mana, pihak vendor dan PPSPPA Kedah turut hadir memberikan kerjasama.

 

Kutipan kali ini mengumpul sebanyak 429 kg barangan lusuh yang telah diasingkan mengikut jenis dan kategori. Hasil kutipan barangan kitar semula ini adalah lebih kurang sama kuantitinya dengan kutipan pada bulan lepas iaitu sejumlah RM170.69. Pengumpulan barangan kitar semula ini dikelaskan mengikut tingkatan dan kelas yang mahu menyumbangkan barangan mereka. Ada juga individu yang inisiatif menghantar barangan kitar semula milik mereka kepada pihak vendor untuk dijual. 

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Muadzam Shah

 

SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut merupakan sekolah yang baru dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah. Maka tidak hairanlah bahawa kempen 3R ini telah menular ke seluruh sekolah di negeri Kedah atas keperihatinan masayarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan. Alhamdulillah, walaupun program 3R yang dijalankan pada 17 Julai 2013 ini merupakan aktiviti pertama kali warga sekolah berkenaan, namun sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh mereka terutama para pelajar, guru-guru dan staf-staf sokongan. Diharap budaya ini dapat dikekalkan di sekolah berkenaan sampai bila-bila.

 

Sebanyak 471 kg barangan kitar semula telah dikutip, dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor yang telah dilantik. Sejumlah RM151.68 telah dipulangkan kepada guru penyelaras program dan juga Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar sekolah berkenaan. Sejak penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar di sekolah ini pada 11 Jun 2013 yang lalu, segala urusan berkaitan kempen 3R dan Pengkomposan Takakura telah dikelolakan oleh ahli kelab ini yang kebanyakkannya pelajar Pendidikan Khas.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SMK Seri Ampang

 

Pada 21 Julai 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di SMK Seri Ampang, Jalan Kuala Kedah yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Sebanyak 137.8 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada 15.8 kg kertas cetakan hitam putih, 32.2 kg kertas warna, 30.2 kg surat khabar, 45 kg kotak-kotak terpakai, 9.4 kg botol-botol plastik, dan 5.2 kg tin-tin spray yang tidak digunakan telah dijual kepada pihak vendor yang terlibat. Hasilnya, sejumlah RM43.74 jualan barangan kitar semula tersebut telah diberikan kepada pihak sekolah untuk diagih-agihkan kepada para pelajar dan guru yang menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di SK Teluk Malek

 

SK Teluk Malek, Jitra merupakan salah sebuah sekolah terbaru yang menyertai program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah. Selepas aktiviti ceramah berkaitan dengan Program Bank Kitar Semula yang telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan PPSPPA Kubang Pasu, pihak sekolah terus mengumpul barangan kitar semula untuk dijual kepada pihak vendor dengan tujuan membersihkan kawasan sekolah. Dengan makluman blogspot ini, pihak guru-guru pelatih di sekolah terbabit telah menghubungi pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk mengadakan aktiviti penimbangan dan penjualan barangan kitar semula pada 24 Julai 2013.​

 

Sepanjang program 3R tersebut, pelbagai barangan kitar semula telah ditemui, dikumpul, diasingkan mengikut darjah serta diasingkan mengikut jenis barangan dan akhir sekali ditimbang serta dijual oleh pihak vendor. Sebanyak 287 kg barangan kitar semula telah dikutip oleh pihak vendor bersamaan dengan RM117.71 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada setiap darjah yang terlibat serta guru-guru yang menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka. Tidak dijangka bahawa pengumpulan barangan kitar semula di sekolah ini hanyalah mengambil masa selama 2 minggu dan beroleh barangan kitar semula yang agak banyak berbanding sekolah rendah yang lain.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Sekolah Tadika Bestari Al-Umairah

 

Pada 24 Julai 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan di sekolah tadika Bestari Al-Umairah, Alor Setar. Sebanyak 19.5 kg barangan kitar semula telah dikutip daripada murid-murid sekolah berkenaan termasuklah barangan yang dibawa oleh guru sekolah berkenaan. Sejumlah RM6.40 telah diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam program 3R tersebut.

Aktiviti Kutipan Barangan Kitar Semula di Tadika Perpaduan Taman Setia dan Taman Mawar

 

Warga kerja PPSPPA Cawangan Guar Chempedak telah menjalankan program 3R di komuniti bawah seliaan pada bulan Julai 2013. Program 3R yang dimaksudkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula di 2 buah tadika oleh warga kerja PPSPPA Cawangan Guar Chempedak. Ikuti laporan yang disediakan:

 

Aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah Tadika Perpaduan Taman Mawar dan Taman Setia, Pendang

 

Salah satu program 3R ini dijalankan oleh warga kerja PPSPPA Cawangan Guar Chempedak. Aktiviti ini dijalankan pada 30 Julai 2013 di Tadika Perpaduan Taman Mawar dan Taman Setia, Pendang. Sebanyak 103.8 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan ditimbang oleh pihak vendor di tadika Taman Mawar manakala di tadika Taman Setia pula sebanyak 115.4 kg. Sejumlah RM21.30 telah diperolehi kanak-kanak tadika Taman Mawar manakala tadika Taman Setia adalah sejumlah RM34.90. Aktiviti ini akan dijalankan sekali lagi selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Ogos nanti.

bottom of page