top of page

Program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura

Daripada Pameran, Ceramah, Demonstrasi dan Pemantauan

​

Program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Takakura ini mula dipopularkan oleh warga kerja PPSPPA Pulau Pinang dan hasil kreativiti warga kerja daripada PPSPPA Pulau Pinang ini diperturunkan ke PPSPPA Kedah. Hal ini meliputi cara-cara promosi dan pengenalan salah satu teknik pengurangan sisa makanan ini daripada peringkat Pameran di komuniti-komuniti sekitar negeri Kedah dan seterusnya Ceramah serta Demonstrasi di kebanyakan sekolah sepanjang tahun 2012. Hasilnya pada tahun 2013, lebih banyak komuniti yang memohon daripada pihak PPSPPA Kedah untuk memberikan ilmu fardhu kifayah ini untuk memastikan sisa makanan di isi rumah dapat dikurangkan dan dijadikan baja organik untuk berbakti pada tanah.

​

Sebagai contoh, pendekatan terbaru promosi program ini dengan memperkenalkan Compost Chang amat menarik minat sesetengah komuniti untuk mempelajari teknik Takakura ini. Untuk memastikan amalan guna semula sisa makanan menjadi baja ini dijalankan secara berterusan, pemantauan berjadual dijalankan oleh warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah di komuniti-komuniti yang menerima set Compost Chang ini.

​

Untuk maklumat berkaitan aktiviti ceramah, pameran dan demonstrasi program kompos ini, boleh rujuk di laman Berita dan Aktiviti.

​

Untuk maklumat berkaitan data pemantauan set Compost Chang di komuniti-komuniti terpilih di negeri Kedah, boleh rujuk di laman Pencapaian Aktiviti Kompos

bottom of page