top of page

Kaunter membeli barangan kitar semula di pasaraya atau kompleks membeli belah.​

​

Konsep kitar semula melalui Drive-Thru ini amat berjaya di negeri Terengganu. Walaupun ianya masih baru di negeri Kedah, aktiviti ini tetap dijalankan secara kecil-kecilan di sekitar Sungai Petani, Kedah. Ciri-ciri perogram ini ialah pihak PPSPPA akan membuka sebuah kaunter membeli barangan kitar semula di sekitar pasaraya atau kompleks membeli belah dan pengunjung yang hadir membawa barangan kitar semula milik mereka akan singgah dan menjual barangan tersebut kepada pihak PPSPPA. Barangan kitar semula yang telah ditimbang akan dijual kepada pihak vendor yang dilantik. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut akan diberi secara tunai kepada pengunjung yang menyertai program.

​

Untuk maklumat berkaitan aktiviti kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru di Pasaraya, boleh rujuk di laman Berita dan Aktiviti.

​

Untuk maklumat berkaitan data kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru di  Pasaraya, boleh rujuk di laman Pencapaian Kempen 3R

​

Program Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya

bottom of page