top of page

Program Kitar Semula di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan PPSPPA Kedah

Penglibatan warga kerja Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan

​

Pada setiap hari Khamis, warga kerja Ibu Pejabat PPSPPA dan Pejabat Cawangan PPSPPA akan meluangkan masa selama setengah jam untuk mengasingkan sisa di tempat bertugas masing-masing dan menghantar barangan kitar semula milik mereka kepada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam untuk ditimbang dan disimpan di dalam stor Bahagian tersebut. Setiap penghantaran barangan kitar semula untuk setiap warga kerja pada setiap bulan akan dihitung dan diberikan merit sekiranya jumlah penghantaran melebih 10 kg dan 1 merit untuk setiap 5 kg berturutan dan 1 dimerit untuk tiada penghantaran bagi setiap bulan. Apabila stor Bahagian telah penuh dengan barangan kitar semula, semua barangan tersebut akan dijual kepada pihak vendor berhampiran.​

​

Hasil jualan barangan kitar semula ini akan dikumpul sehingga penghujung tahun dan semuanya akan diagihkan serta diberikan semula kepada warga kerja yang terlibat dalam program berkenaan. Pemberian semula wang tunai dan merit dimerit ini akan memberi kesedaran kepada warga kerja dan menggalakkan mereka membersihkan kawasan sekitar tempat kerja mereka.

 

Untuk maklumat berkaitan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan PPSPPA Kedah, boleh rujuk di laman Berita dan Aktiviti.

​

Untuk maklumat berkaitan data kutipan barangan kitar semula di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan PPSPPA Kedah, boleh rujuk di laman Pencapaian Kempen 3R

​

bottom of page