
AZRUL 3R


Aktiviti komersial juga penyumbang barangan kitar semula terbanyak
Ini merupakan antara program yang tidak rasmi yang telah dijalankan pada tahun 2012 dan 2013. Program Kitar Semula di dalam aktiviti komersial ini dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah di beberapa buah restoran makanan segera seperti Restoran McD, Secret Recipe, dan kedai serbaneka seperti 7 Eleven, kedai cermin mata, panggung wayang City Plaza, Syarikat pembersihan City Plaza dan Syarikat pembersihan di PPSPPA Kedah. Konsep program ini adalah aktiviti-aktiviti komersial yang dinyatakan akan menghantar barangan kitar semula milik mereka ke pejabat PPSPPA untuk dijual dan seterusnya barangan tersebut akan dijual oleh PPSPPA kepada vendor berdekatan. Hasil jualan tersebut akan dipulangkan kepada institusi komersial yang menghantar barangan tersebut.
Untuk maklumat berkaitan aktiviti kutipan barangan kitar semula di dalam aktiviti Komersial, boleh rujuk di laman Berita dan Aktiviti.
Untuk maklumat berkaitan data kutipan barangan kitar semula di dalam aktiviti Komersial, boleh rujuk di laman Pencapaian Kempen 3R
Program Kitar Semula di dalam Aktiviti Komersial
